fbpx
Now Reading
Bukan Hanya RXZ, Owner Superbike Dedah Berdepan Tindakan Jika Buat Kesalahan Jalan Raya [Video]

Bukan Hanya RXZ, Owner Superbike Dedah Berdepan Tindakan Jika Buat Kesalahan Jalan Raya [Video]

Menurut Nazir Hussin, pihak penguatkuasa seperti Polis dan JPJ tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menjalankan kerja serta tanggungjawab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan operasi sekatan jalan raya besar-besaran semasa acara RXZ Members 5.0 di Gong Badak, Terengganu.

Susulan itu, sesetengah individu mendakwa pihak JPJ hanya melakukan penguatkuasaan undang-undang kepada motosikal biasa dan tidak pada superbike yang turut melakukan kesalahan sama.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur Himpunan RXZ 5.0 Mohon Maaf, Cuba Tambah Baik Di Masa Akan Datang

Untuk mendapat kepastian, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Adik Jun telah menemubual seorang pemilik superbike, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin yang sebelum ini dikenali sebagai pemilik pertama Ducati Superleggera V4 berhubung dakwaan terbabit.

Superbike juga lakukan kesalahan sama dan dikenakan tindakan undang-undang

Menerusi hantaran video di akan TikTok miliknya (@adikjun_kereta), Nazir berkata kesalahan seperti tiada cermin sisi, masalah nombor plat dan juga ekzos bising turut dilakukan oleh segelintir penunggang motor berkuasa tinggi termasuk dirinya.

Menurut Nazir, golongan seperti mereka juga dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak penguatkuasa sekiranya didapati bersalah.

“Awak letak RXZ sebelah, letak Ducati Panigale sebelah, kalau awak tengok kesalahan sama, kebanyakan biker macam saya pun ada masalah nombor plat.

“Kadang-kadang kita tak pakai side mirror, hampir semua superbike tak pakai cermin sisi. Cuma ekzos kita approve (JPJ) beza dengan RXZ.

“Cerita dia kesalahan atas jalan raya sama, dan kalau polis atau JPJ tahan ke operasi, kita hadap masalah yang sama,” katanya.

Akur sekiranya kena tindakan, tiada istilah ‘double standard’

Menurutnya lagi, dia yang aktif menunggang superbike bersama kumpulannya juga sedar dan akur sekiranya dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak penguatkuasa selain menyatakan tiada istilah ‘double standard’ kepada mereka.

“Saya pun selalu ride, pandai-pandailah. Awak sendiri buat awak sendiri tahu salah. Berani buat, berani tanggung, saya pun kena.. tiada ‘double standard’”.

Datuk Nazir Hussin

Jelas Nazir, pihak penguatkuasa seperti Polis dan JPJ tidak boleh dipersalahkan kerana mereka hanya menjalankan kerja serta tanggungjawab demi keselamatan pengguna jalan raya.

Motosikal hanya disita untuk beberapa kesalahan besar

Berkongsi lanjut, Nazri berkata masalah motosikal disita akan berlaku sekiranya penunggang melakukan beberapa kesalahan besar seperti tiada cukai jalan (roadtax) atau lesen memandu.

Tidak hanya itu, kegagalan memiliki roadtax dan lesen memandu juga boleh menyebabkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diinginkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.