
“Dah Telan Nasi 3 Ke 4 Suap” – Wanita ‘Kembang Tekak’ Lepas Sedar Ada Lipas Dalam Botol Kicap [Video]
Menurut wanita itu, dia percaya bahawa lipas tersebut bukanlah datang daripada kedai atau syarikat yang mengeluarkan kicap terbabit, sebaliknya datang daripada dapur di rumahnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang wanita yang sedang menikmati makanan bersama kicap terkejut dan ‘kembang tekak’ apabila menemui sesuatu di dalam botol kicap yang digunakannya.
Begitulah yang dilalui seorang wanita yang dikenali sebagai Layla ini apabila menemukan beberapa ekor lipas di dalam botol kicap yang digunakannya semasa sedang makan.
Tak sedar ada lipas masa tuang kicap kali pertama
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@laylaazli), Layla berkata pada awalnya dia tidak menyedari terdapat lipas yang berada di dalam botol kicap itu dan hanya makan seperti biasa.
Bagaimanapun, ketika dia ingin menuang kicap tersebut buat kali kedua, dia mula sedar terdapat sesuatu di dalam botol kicap terbabit.
Ada tiga ekor lipas mati dalam botol kicap
Apabila diperhati dengan teliti, ternyata terdapat tiga ekor lipas yang sudah mati di dalam botol kicap berkenaan.
“Alkisah kicap ini dah nak habis tapi aku tuang kali pertama dekat nasi dan kali kedua nak tuang tiba-tiba ternampak binatang (lipas) ini ya.
“Aku dah telan nasi 2 3 4 suap dan kali kedua (tuang) itu baru perasan,” tulisnya di dalam video.
Menurutnya, dia berharap agar tidak berlaku sebarang masalah kesihatan kerana termakan kicap yang terdedah dengan lipas itu selain akan memberi ‘update’ tentang dirinya selepas 24 jam.
@laylaazli memang ku sumpah kau 7 keturunan lipas tak bole bertelur 😭#fypage
♬ suara asli – Basyirstory – Basyirstory🎭
Tidak alami sebarang keracunan makanan lepas makan kicap terbabit
Dalam satu hantaran video berasingan, Layla memaklumkan dia tidak mengalami sebarang masalah keracunan selepas memakan kicap terbabit.
“Takda keracunan atau sakit apa-apa, kicap itu masih rasa kicap, tak rasa pun pahit ke masin ke manis ke takda,” katanya.
Menurutnya lagi, botol kicap yang mempunyai lipas itu bukanlah datang daripada kedai mahupun syarikat yang membuatnya, tetapi berkemungkinan ia masuk semasa botol terbabit itu tidak ditutup rapat di dapur rumahnya.
Di akhir video Layla turut memberi pesanan kepada orang ramai agar periksa dahulu botol kicap sebelum menggunakannya.
@laylaazli Replying to @Fzrul soalan saya berapa lama lipas tu dalam botol kicap ? #bercanda #ftp
♬ original sound – Laylaazli – Laylaazli
Netizen beri pelbagai reaksi, turut berasa geli lihat botol kicap bersama lipas itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan netizen turut berasa geli dan mempersoal bagaimana lipas-lipas terbabit dapat memasuki botol kicap itu.
Tidak hanya itu, mereka juga berseloroh dengan mengatakan wanita terbabit akan bertukar menjadi lipas atau ‘cockroach girl’.


