‘Happy Adik Tu’ – Lelaki Bawa Anak Sambil Pegang Belon Naik Motor, Buat Ramai Sebak [Video]

Anak merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Mereka juga merupakan penyeri dalam kehidupan rumah tangga.

Sebut sahaja tentang anak, setiap ibu bapa dalam dunia ini pasti mahu memberikan yang terbaik buat cahaya mata mereka.

Malah, ada yang sanggup berkorban apa sahaja terutama dari segi wang ringgit dan masa asalkan dapat memenuhi dan membahagiakan anak tersayang.

Bawa Motor Dengan Perlahan Sebab Bawa Belon

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @kdvsebijitakcukup.

Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal dengan kadar kelajuan yang perlahan.

Apa yang menarik perhatian adalah seikat belon yang dibawa lelaki berkenaan dilihat menjadi punca dia membawa kenderaannya dengan kelajuan seperti itu.

Tindakan penunggang motosikal tersebut pada mulanya nyata mengundang rasa tidak selesa kepada perakam video berkenaan.

“Abang ni nampak struggle betul bawa belon naik motor, slow je bawa motornya.

“Aku bebel kenapa tak naik kereta abang, terbang nanti belon-belonnya,” tulis perakam video itu.

Rupanya Ada Kanak-kanak Yang Tolong Pegangkan Belon

Tidak mahu mengikut belakang dengan terlalu lama, pemandu kereta berkenaan bertindak memotong motosikal tersebut.

Namun, siapa sangka rupa-rupanya terdapat kanak-kanak kecil yang duduk di hadapan raga motor itu.

Apa yang menyentuh hati adalah reaksi kanak-kanak itu yang tersenyum riang sambil memegang belon berkenaan ketika videonya dirakam.

Reaksi kanak-kanak itu nyata mengundang rasa serba-salah dalam diri perakam video berkenaan.

“Bila aku potong rasa serba salah pula sebab membebel, alahai yang depan sekali tu pon pegang belon juga.

“Adik, senyuman adik buat akak cair dik, kasih ayah tiada bandingan,” tulis wanita itu di video berkenaan.

Menerusi video yang telah mendapat tontonan lebih 1.1 juta itu, rata-rata warganet tersentuh dengan usaha si ayah demi memenuhi permintaan anaknya.

Malah, ada juga warganet yang bergelar ayah turut berkongsikan pengalaman sama berkorban demi anak-anak tercinta.

Namun, ada juga yang merasakan wanita itu tidak patut berpendapat sedemikian kepada lelaki berkenaan kerana mungkin dia hanya memiliki motosikal itu sahaja untuk bergerak ke mana-mana.

Itulah Naluri Seorang Ayah, Selalu Bagi Yang Terbaik Untuk Anak-Anak & Isteri

Demi Anak, Aku Galas Patung Penyu Warna Pink Dari Terengganu Hingga Penang

Comel Senyuman Si Kecik Tu

Happy Adik Tu Bawa Belon

Jangan La Kata Kenapa Tak Naik Kereta, Bukan Semua Orang Mampu

Tak Semua Orang Ada Kereta, Macam Aku, Hidup Kami Hanya Ada Motor

Baca Artikel Berkaitan: Kasih Bapa Selamanya, Lelaki Sanggup Korbankan Diri Demi Lindungi Anak Dari Runtuhan Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kasih Sayang Seorang Ayah” – Bapa Sanggup Kejar Sampai Ke Highway Karak Demi Anak Yang Tertinggal Bas [Video]

Recent Posts

  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

16 mins ago
  • Trending

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus…

50 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

18 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

18 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

19 hours ago