fbpx
Now Reading
Media Indonesia Dakwa Anak Muda Malaysia Suka Guna Slang Bahasa Indonesia

Media Indonesia Dakwa Anak Muda Malaysia Suka Guna Slang Bahasa Indonesia

Menurut Imaan, slang Bahasa Indonesia itu kebanyakannya digunakan oleh anak muda di negara ini ketika mereka bermain game di atas talian seperti Mobile Legends.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan kebolehan untuk menguasai banyak bahasa adalah suatu perkara yang baik.

Malah ia juga dapat memudahkan seseorang untuk berkomunikasi dengan individu dari negara lain.

Walau bagaimanapun, umum mengetahui Indonesia merupakan negara jiran yang berada dekat dengan Malaysia dan bahasa yang digunakan juga hampir sama selain mudah difahami oleh masyarakat di negara ini.

Betul ke rakyat Malaysia guna Slang Bahasa Indonesia?

Namun adakah benar bahawa masyarakat di Malaysia banyak menggunakan slang Bahasa Indonesia khususnya ketika bermain game di atas talian?

Baru-baru ini, media Indonesia menyatakan terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang gemar menggunakan slang bahasa dari negara itu. Ianya selepas tular isu sebuah lagu bertajuk Hello Kuala Lumpur yang didakwa diciplak dari lagu Halo-Halo Bandung ciptaan Ismail Marzuki.

Isu itu kemudian didakwa menjadi perbualan hangat oleh segelintir masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa slang Indonesia khususnya Jakarta, lapor CNN Indonesia.

Slang Bahasa Indonesia digunakan untuk mengutuk semasa main game atas talian

Seorang warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Imaan mengakui bahawa ramai anak muda di Malaysia menggunakan bahasa Indonesia untuk mengutuk semasa bermain game atas talian seperti Mobile Legend.

“Banyak rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Indonesia. Namun kebanyakan menggunakannya ketika bermain game,” ujar Imaan kepada CNN Indonesia pada 15 September lalu.

Jelas Imaan penggunaan Bahasa Indonesia lebih digunakan ketika mengumpat.

Ramai belajar Bahasa Indonesia dari game

Katanya lagi, ramai rakyat Malaysia bermain permainan dalam talian dan belajar Bahasa Indonesia daripada aktiviti tersebut.

Ini kerana, dahulu mereka mempelajari bahasa tersebut menerusi sinetron yang ditonton.

Antara ayat yang digunakan ketika bermain game adalah makian seperti bocil (budak kecil) atau botol (botak tolol / bodoh).

Bocil digunakan untuk mengambbarkan sifat seperti keanak-anakan yang tidak boleh duduk diam, bising, dan dianggap kampung.

Iman turut mengakui dia kerap menggunakan slang Indonesia ketika bermain game, malah ketika membalas pesanan menerusi WhatsApp bersama CNN Indonesia terdapat beberapa ayat yang digunakan dalam bahasa tersebut.

“Rasanya lebih kepada mengutuk. Tak ada ‘feel’ kalau pakai Bahasa Malaysia, dan secara peribadi saya suka dengar ritma bahasa Indonesia,” jelas Imaan.

Tak sedar ia adalah fenomena di Malaysia

Dalam pada itu, pensyarah dari Universiti Teknolohi MARA Shah Alam, Selangor iaitu Azlinawati Ngainon mengatakan beliau tidak mengetahui tentang fenomena berkenaan.

Dia merasakan fenomena itu mungkin menjadi ikutan selepas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggunakan Bahasa Indonesia semasa menghadiri persidangan peringkat tinggi ASEAN pada awal September lalu.

Manakala beliau turut menggunakan bahasa sama ketika menghadiri program Himpunan Anwar yang diadakan oleh RANS Entertainment.

Bukan hanya itu, kata Azlinawati lagu Indonesia juga sering menjadi siulan pengguna TikTok di negara ini.

“Bagaimanapun, ini mungkin perkara biasa kerana trend menggunakan lagu atau muzik yang menarik untuk kandungan TikTok.”

Walau bagaimanapun, semakan kami terhadap kedua-dua lagu Hello Kuala Lumpur dan Halo-Halo Bandung yang hangat diperkatakan sememangnya ada persamaan dari segi irama dan beberapa rangkap lirik.

Malah muzik intronya juga begitu mirip termasuk bahagian-bahagian lain.

Memetik laporan Detik pada 7 Mac 2023, lagu berkenaan telah dicipta oleh Ismail Marzuki pada tahun 1946 semasa kejadian Bandung Lautan Api pada 23-24 Mac 1946.

Lagu ini dipercayai membawa tema perjuangan yang menunjukkan rasa rindu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.