Ibu Di Indonesia Nekad Curi 3 Biji Telur Demi Bagi Anak Yang Kelaparan Makan

Perbuatan mencuri tidak dinafikan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan juga agama.

Malah perbuatan ini juga dianggap berdosa manakala di sisi undang-undang ia perlu dihukum.

Namun terdapat individu yang berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mencuri disebabkan tidak mampu untuk membeli makanan untuk anak-anak.

Ibu terpaksa mencuri telur sebab nak bagi anak makan

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang ibu di Jakarta, Indonesia apabila dia terpaksa mencuri tiga biji telur demi memberi tiga anaknya yang kelaparan makan.

Wanita yang berusia 44 tahun dan dikenali sebagai PL telah ditangkap mencuri di sebuah pasar raya mini di Pondok Aren, Kota Tangerang Selatan pada 18 September lalu.

Nekad curi untuk penuhi keperluan anak

Menurut Ketua Polis Daerah Pondok Aren Pesuruhjaya, Bambang Askar Sodiq perkara itu diketahui sebaik anggotanya membuat soal siasat terhadap si ibu selepas menerima laporan berhubung kes terbabit.

“Setelah disoal siasat, ibu tersebut nekad mencuri telur untuk memenuhi keperluan.

“Maklumat diperoleh memang benar suspek adalah penduduk tempatan, suaminya seorang pemandu teksi motosikal atas talian dan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah,” jelas Bambang, lapor Kompas.

Kes cuba diselesaikan cara baik dengan pihak pasar raya, polis turut bayar jumlah telur dicuri

Dia kemudian mengarahkan anggotanya untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik bersama pihak pasar raya mini, selain turut membayar telur yang diambil oleh ibu berkenaan.

“Kami menyokong penuh untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan dengan hormatnya meminta pihak pasar raya mini itu untuk tidak memanjangkannya.”

Minta anggota beli barangan keperluan untuk wanita berkenaan

Dia turut mengarahkan anggotanya untuk membeli barangan keperluan asas yang diperlukan dengan harapan ia dapat membantu meringankan beban wanita berkenaan.

“Ibu mencuri untuk keperluan hidup seharian, saya pesan kepada anggota untuk membeli keperluan asas dan telur untuk ibu tersebut.”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

3 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

5 hours ago