fbpx

“Macam Tu Je Kena Gula-gula” – Ramai Tertipu Dengan Fake Ronaldo Di KL, Siap Kejar Ambil Gambar [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan CR yang palsu itu berjalan di sekitar KLCC dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut saja nama Cristiano Ronaldo atau CR, pasti ramai orang mengenali figura dunia sukan bola sepak ini sehingga ada yang mengambilnya sebagai idola.

Tahap populariti CR yang popular dengan nombor 7, tidak hanya di luar negara, bahkan beliau juga diminati ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan lelaki.

Kalau ada peluang CR datang ke Malaysia, pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bertemu dengannya kan..

Tular video lelaki berlakon jadi CR undang perhatian ramai

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang berlakon sebagai CR telah mendapat perhatian ramai orang di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @cristiano2888, kelihatan lelaki terbabit mengenakan pakaian serta gaya seperti Cristiano Ronaldo sambil diiringi beberapa ‘bodyguard’ untuk menyakinkan orang awam bahawa individu berkenaan adalah CR yang sebenar.

Orang awam serbu dan ambil gambar dengan CR tiruan

Kelihatan orang awam menyerbu CR palsu itu selain tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.

Selain itu, tidak kurang juga yang mengerumuni individu berkenaan seolah-olah dia adalah CR sebenar yang sedang diiringi dan dikawal beberapa bodyguard.

Wanita pun kena gula-gula, siap ajak selfie

Segelintir wanita juga tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan individu berkenaan tanpa mereka ketahui bahawa itu bukanlah CR yang sebenar.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan CR yang palsu itu berjalan di sekitar KLCC dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video 3 tahun lepas, dimuat naik semula

Menerusi semakan kami, video tersebut sebenarnya telah dilakukan pada tiga tahun yang lalu di akaun YouTube LETZUPLOADIT namun telah ditularkan semula.

Video tersebut dilakukan dengan tujuan ‘prank’ untuk melihat reaksi orang awam apabila pemain bintang Portugal itu berada di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Netizen beri pelbagai reaksi, ketara fake CR tak macam real

Memindai ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial terhadap video ‘prank’ tersebut.

Kebanyakan netizen mendakwa lelaki terbabit kelihatan begitu berbeza berbanding CR yang sebenar selain ketinggiannya juga tidak sama.

Tidak hanya itu, mereka juga berseloroh dengan mengatakan orang awam yang berada di dalam video tersebut mudah ‘digula-gulakan’ (ditipu).

Haha macam tu orang KL kena gula-gula dengan fake CR, maybe sebab teruja sangat…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.