Ramai Terkejut, Rupanya Shiera Ijoy Pemilik Suara Watak ‘Bo’ Dalam Animasi Kampung Boy [Video]
Menurut Shiera, ketika waktu itu dia dan pengalih suara yang lain hanya membaca skrip yang diberikan tanpa melihat animasi tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Golongan yang lahir pada lewat 90-an pasti mengenali dan pernah menonton siri animasi Kampung Boy karya kartunis terkenal, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih popular dengan gelaran Lat.
Tidak hanya generasi lewat 90-an, bahkan segelintir anak muda masa kini juga gemar menonton Kampung Boy yang mengisahkan kehidupan di desa tiga sekawan iaitu Mat, Bo dan Tak.
Pasti ada di antara kita yang pernah terlintas difikiran siapa sebenarnya pemilik suara bagi watak-watak ini bukan?
Shiera Ijoy pemilik suara watak ‘Bo’ dalam animasi Kampung Boy
Mungkin ada yang tahu dan mungkin tidak, pemilik suara bagi watak Bo sebenarnya dibawa oleh pelakon dan penyampai radio wanita, Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera Ijoy.
Menerusi hantaran video di akaun TikTok @astrogempak, Shiera berkata dia dipilih oleh Datuk Lat selepas menghadiri uji bakat pemilihan suara latar bagi watak di dalam animasi tersebut.
Animasi belum siap, hanya baca skrip
Menurut Shiera, pada waktu itu dia dan pengalih suara yang lain hanya membaca skrip yang diberikan tanpa melihat animasi tersebut.
“Masa tu macam tak pandai sangat, buat sahaja. Tapi masa itu kitorang baca sahaja sebab belum ada kartun lagi. Karakter dah ada siap, tapi kita baca skrip sahaja,” katanya.
Terima bayaran lumayan, tiga ribu lebih untuk dua jam
Menurutnya lagi, bayaran yang diberikan pada waktu itu juga agak lumayan iaitu dalam anggaran RM3,000 lebih untuk dua jam dalam sehari.
“Saya watak tak banyak, satu episode dalam RM750, jadi dalam satu episode tu saya ada dua tiga ayat sahaja,” katanya lagi.
Shiera mendedahkan tentang perkara itu semasa ditemu bual oleh Ubai di dalam rancangan Borak Dulu Baru Kamu di YouTube dan Facebook Astro Gempak.
Netizen terkejut, baru tahu pemilik suara watak ‘Bo’
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka bahawa watak Bo di dalam animasi kegemaran mereka suatu ketika dahulu adalah dibawa oleh Shiera Ijoy.
Tidak hanya itu, mereka turut terkejut memandangkan sebelum tidak mengetahui selama ini siapakan pemilik bagi watak animasi Kampung Boy itu.