
Tunai Umrah Umpama Hanya Trend, Masjid Di Kampung Tak Pergi – Ustaz Mokhtar [Video]
Ustaz Mokhtar meluahkan rasa kesalnya terhadap sesetangah individu yang hanya bersemangat beribadah di Mekah namun tidak melakukan hal sama setelah pulang ke Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umat Islam di seluruh dunia pasti mengimpikan serta berhajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi melakukan ibadah Haji atau Umrah.
Jika mendapat peluang untuk ke sana, pasti kita tidak akan melepaskannya bukan..
Pun begitu, menunaikan ibadah umrah pada masa kini dilihat seakan hanya menjadi ‘trend’ segelintir umat Islam apabila hanya bersungguh-sunggu beribadah ketika di Tanah Suci sahaja.
Tunai umrah tapi tak pernah jejak kaki ke masjid di kampung
Penceramah bebas, Ustaz Mokhtar Yaacob menerusi satu majlis kuliahnya berkata perkara itu dilihat seolah-olah menjadi trend kerana segelintir jemaah yang pernah menunaikan Umrah tidak menjejakkan kaki ke masjid di kampung halaman mereka.
Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @pejuangpondok8734, Ustaz Mokhtar meluahkan rasa kesalnya terhadap sesetengah individu yang hanya bersemangat beribadah di Mekah namun tidak melakukan hal sama setelah pulang ke Malaysia.
“Sekarang ini trend pergi umrah, sekampung dan sekeluarga pergi umrah. Masjid (di kampung halaman) tak pergi.
“Balik (umrah) cerita seronoknya sembahyang berjemaah di sana, 12 hari itu sahaja ke berjemaah?” katanya.
Jemaah sanggup bangun 3 pagi untuk solat berjemaah siap kejutkan mutawwif
Menurutnya, salah seorang mutawwif ada menceritakan kepadanya tentang seorang jemaah umrah yang sanggup bangun seawal pukul 3 pagi untuk menunaikan solat berjemaah.
Tidak hanya itu, jemaah terbabit juga diceritakan mengetuk pintu bilik penginapan mutawwif terbabit untuk mengajaknya ke masjid bersama-sama.
“Tetapi bila balik, masa atas kapal terbang ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara mereka yang berkata ‘takpa ustaz kita niat qada’.
“Belum turun kapal terbang lagi niat qada dah. Itu baru atas kapal terbang tak sampai kampung lagi, tak pelik lah dekat kampung tak solat berjemaah.”
Jelasnya lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya jika Allah SWT tidak memberi hidayah kepada segelintir individu yang telah menunaikan umrah.
Netizen setuju dan akui tentang perkara tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh ustaz berkenaan.
Tidak hanya itu, mereka turut mengakui masih ada yang tidak berubah meskipun selepas menunaikan haji atau umrah.
“Muhasabah diri sendiri”

“Betul sangat dah tu ustaz cakap”

“Betul tu ustaz”
