“Kalau Tak Suka Binatang, Jangan Zalim” – Kucing Disimbah Cat Putih Undang Kecaman Netizen [Video]

Kucing merupakan antara haiwan yang paling popular dan diminati ramai termasuklah kebanyakan rakyat di negara ini.

Lihat sahaja di media sosial, pelbagai jenis panggilan yang ada untuk si bulus ini seperti Comot, Putih, dan paling popular adalah Oyen.

Oleh kerana itu, kalau ada sahaja yang melakukan perbuatan khianat atau menganiaya kucing, pasti akan mendapat perhatian ramai.

Kucing ditemui penuh cat putih di badan

Sepeti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang lelaki menemui seekor kucing yang dipenuhi cat di badanya.

Menerusi ciapan di akaun Twitter @izzat_bashir, kelihatan kucing yang diselaputi dengan cat putih itu seakan sedang meminta pertolongan dalam keadaan yang lemah.

Foto: Twitter/izzat_bashir

Dipercayai angkara perbuatan manusia

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Izzat itu, perbuatan terbabit dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang telah menyimbah cat berkenaan kepada kucing terbabit dengan sengaja.

Namun dia memaklumkan sudahpun membuat laporan kepada pihak berkaitan mengenai perkara itu.

“Siapa-siapa pun, kalau tak suka binatang, jangan lah zalim. Buanglah dia dekat tempat lain ke apa, tapi jangan lah aniaya macam ini.

“Kesian, saya tak sampai hati lah. Apa-apa pun saya dah maklumkan kepada pihak berkenaan untuk uruskan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, kucing malang tersebut ditemui di sebuah universiti awam di Gombak, Selangor.

Menerusi kemas kini terbaharunya, kucing terbabit dikatakan telah dibersihkan namun masih lagi berada dalam keadaan yang lemah.

Foto: Twitter/izzat_bashir

Netizen simpati dan kecam perbuatan individu berkenaan

Memindai ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial bersimpati melihat kucing terbabit yang dilakukan sedemikian.

Tidak hanya itu, netizen turut mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab kerana menganiaya kucing berkenaan dengan menyimbah cat  putih.

Denda maksimum RM100,000 dan penjara sehingga 3 tahun jika aniaya binatang

Untuk info, sebarang aktiviti penganiayaan terhadap binatang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan sebarang aktiviti penganiayaan terhadap haiwan diminta segera melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Berikut adalah komen diberikan netizen:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

15 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

15 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

16 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

16 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

16 hours ago