
Nama Kena Petik Ketika ASGV, Mamat Exist Ingatkan Nabil Ahmad Hati-hati Ketika Bergurau
Nabil Ahmad menjelaskan guruan yang menyebut ‘tempat tinggi’ bermaksud Mamat Exist merupakan seorang ‘legend’ namun telah disalah tafsir segelintir pihak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pertandingan nyanyian All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru sahaja membuka tirainya pada Ahad lalu (24 September), namun ia sudah mula mencetuskan kontroversi susulan kenyataan gurauan daripada pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad kepada penyanyi Mamat Exist.
Nabil dikatakan bergurau secara melampau dengan menyebut penyanyi lagi ‘Pohon Cemara’ itu berada di ‘tempat tinggi’ sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.
Mamat Exist ingatkan Nabil Ahmad berhati-hati semasam bergurau
Susulan itu, Mamat mengingatkan Nabil agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yang mungkin berbaur gurauan sewaktu mengacarakan program terbabit.
Menurut Mamat, dia sudah membaca penjelasan Nabil berhubung perkara itu dan memahami gurauan berkenaan mungkin bermaksud baik namun tidak semua orang boleh menerimanya.
“Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata.
“Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang ‘grand’ terbitan Astro. Jadi, percakapan ‘lepas’ untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi ‘viral’.
“Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita ‘viral’ mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen,” katanya dipetik Harian Metro.
Menurutnya lagi, dengan penjelasan daripada Nabil yang memaklumkan apa yang dikatakannya itu, mungkin niat pelawak berusia 40 tahun itu memang untuk bergurau.
Nabil jelaskan, tempat tinggi bermaksud legend
Terdahulu, Nabil menjelaskan bahawa gurauannya yang menyebut ‘tempat tinggi’ merujuk kepada Mamat seorang penyanyi yang ‘legend’ susulan ketiadaan penyanyi itu dalam program ALGV sehingga disalah tafsir segelintir pihak.
Jelas Nabil, sebagai pengacara dia sentiasa berusaha untuk menghidupkan program popular itu dan memastikan setia apa yang dikatakan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.
Untuk info, program All Stars Gegar Vaganza yang sudah berlangsung sejak Ahad lalu itu mengumpulkan pemenang setiap musim dan calon ‘hot seat’ untuk berentap bersama-sama.