
‘Asingkan Barang-Barang Tidak Sepatutnya’ – Lori Sampah Hampir Terbakar Disebabkan Peranti Elektronik [Video]
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan bahagian belakang lori berkenaan mula dipenuhi asap kesan daripada bahan buangan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja tentang sisa pepejal atau sampah, pasti anda teringat bahan buangan yang tidak diperlukan lagi.
Kebiasaannya, sampah yang dibuang adalah berbentuk sisa makanan atau bahan-bahan seperti pembungkus makanan, lampin bayi dan bahan-bahan lain seperti barang elektronik.
Namun, tahukah anda, sampah atau sisa pepejal perlu diasingkan dan dibuang mengikut saranan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Ia penting bagi memastikan sisa bahan buangan tersebut dapat dikitar semula dan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Bahagian Belakang Lori Sampah Berasap
Pun begitu, akibat sikap tidak bertanggungjawab seorang individu, sebuah lori sampah nyaris terbakar gara-gara disebabkan oleh bahan buangan dipercayai peranti elektronik.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok mohd_redzuan88, kelihatan bahagian belakang lori berkenaan mula dipenuhi asap kesan daripada bahan buangan tersebut.
“Janganlah buang-buang macam ni dalam tong sampah, bahaya ooo boleh terbakar lori.
“Nasib baik sedar, kalau tak, boleh terbakar lori,” katanya dalam video berkenaan.
Susulan daripada itu, kelihatan beberapa pekerja syarikat pengurusan sisa pepejal berkenaan menyimbah air bagi memadam asap yang timbul di bahagian belakang kenderaan itu.
Bahan Buangan Didakwa Sebuah Power Bank
Menerusi video berkenaan, kemunculan asap didakwa berpunca daripada bahan buangan elektronik yang dipercayai sebuah power bank.
“Power bank la, power bank la ni, petak je,” kata lelaki itu lagi.
Ekoran daripada insiden ini, Redzuan turut menasihatkan orang ramai agar membuat pengasingan sisa pepejal agar kejadian yang sama tidak berulang semula.
“Kejadian baru tadi berlaku (30 September). Semoga jadi peringatan kepada semua supaya lebih berhati-hati. Asingkan sampah yang tidak sepatutnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
@mohd_redzuan88 Kejadian baru tadi berlaku..semoga jadi peringatan pada semua supaya lebih berhati2, Asingkan barang2 yg xsepatutnya..#a #abglorisampah #kamisempoi #foryoupage #fypシ゚viral #fypシ #fyp #pemungutsampah #capcut #dumpster #dumpsterdiving #tiktokersrevolusi🕵️♂️🕵️♀️
♬ bunyi asal – Mohd Redzuan – Mohd Redzuan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu yang tidak mengasingkan peranti elektronik tersebut.
Ini kerana sisa buangan itu boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini dan berbahaya terutama kepada pekerja kutipan sisa pepejal tersebut.
Malah, ada juga yang menasihatkan agar orang ramai turut mengasingkan bahan buangan lain yang berbahaya seperti kaca agar ia selamat untuk dibuang dan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Kena Cahaya Matahari Lama Sangat, Bateri Jadi Panas Dan Terbakar

Powerbank, Bateri Memang Tak Boleh Kena Haba Yang Tinggi, Ini Kalau Masuk Kargo, Mahu Terbakar Kargo

Itu Bahaya Kalau Buang Bateri Jenis Lithium

Ini Satu, Satu Lagi, Kalau Buang Kaca Pecah, Balut Dalam Surat Khabar Tebal-Tebal La Geng

Asingkanlah, Bagi La Kerjasama, Kesian Tau Diorang

Boleh Hantar Barang-Barang Elektronik Yang Rosak Atau Tidak Boleh Pakai Di PEDi.

Kerajaan Wajibkan Pengasingan Sisa Pepejal Sejak 1 September 2015
Untuk info, berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), setiap isi rumah dan premis diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal bermula 1 September 2015.
Menurut Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), sisa pepejal yang dibuang perlu dimasukkan ke dalam bekas atau plastik sampah yang bersesuaian mengikut kategori yang ditetapkan sebelum dibuang atau diletakkan di tepi tong sampah kediaman.
Mengikut Jabatan Alam Sekitar, terdapat beberapa lokasi yang disediakan di seluruh negara untuk pembuangan bahan-bahan e-waste.
Untuk maklumat lanjut berhubung perkara ini, anda boleh rujuk ke laman web rasmi E-Waste.
Mengapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah? 1. Adalah untuk mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar…
Posted by Alam Flora on Thursday, 30 April 2015
Baca Artikel Berkaitan: ‘Frontliner’ Tak Didendang
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Powerbank, Rumah Aliff Syukri Terbakar