Dari Tandas Ke Surau, Wanita Meraung Sebaik Tahu Diekori Lelaki Menyamar Pakai Purdah [Video]

Kes wanita diganggu dan dihendap oleh para lelaki semakin menjadi-jadi di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan juga Indonesia.

Perkara sebegini bukan sahaja menimbulkan perasaan takut, malah keselamatan diri turut terancam. Nak keluar seorang diri pun sudah tidak selamat.

Bagi para gadis yang sudah terbiasa keluar berseorangan, anda dinasihatkan untuk membawa peneman ke mana-mana sahaja untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Gadis Diekori Oleh Seorang Lelaki Yang Menyamar Sebagai Wanita

Tular sebuah klip video di laman X (Twitter @jllmisai), menunjukkan satu situasi mencemaskan berlaku kepada seorang gadis di Indonesia apabila dia telah diekori oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Lelaki tersebut dilihat memakai pakaian wanita iaitu jubah warna hitam serta berniqab.

Menerusi video itu, gadis yang berasa was-was bertindak memanggil beberapa orang awam untuk memeriksa identiti individu berpurdah itu.

Menurut wanita tersebut, individu berkenaan telah mengekorinya sejak dia berada di tandas hingga masuk ke dalam surau untuk menukar pakaian.

Apabila diajukan soalan, individu berjubah hitam itu hanya menggerakkan kepala dan memberi isyarat tangan tanpa bersuara.

Tidak lama kemudian, orang awam yang datang menolong dilihat menyuruh individu tersebut untuk membuka niqab bagi memastikan jantina, namun tidak dihiraukannya.

Mereka kemudiannya terpaksa menggunakan kekerasan dengan telah menarik purdahnya sehingga mendedahkan identiti individu berkenaan sememangnya seorang lelaki.

Sumber: X (Twitter @jllmisai)

Wanita Menangis Teresak-esak Apabila Aurat Telah Terdedah Kepada Lelaki

Kecewa dengan insiden berlaku, wanita yang telah diekori itu menangis teresak-esak apabila menyedari auratnya telah terdedah kepada lelaki berniqab itu.

“Kenapa berpakaian seperti ini? Bawa mengucap,” kata salah seorang orang awam.

Setelah dimarahi, lelaki tersebut akhirnya memohon maaf kepada wanita berkenaan dan kesemua saksi yang berada di dalam surau.

@ayahfelix

kejadian diBandung, seorang pria menyanar memakai cadar

♬ suara asli – 🇮🇩 Ayah Felix


Video Sudah Tular Di Indonesia Sejak Ogos

Semakan kami di TikTok mendapati video berkenaan telah pun tular dan sohor di Indonesia sejak bulan lalu. Menurut salah seorang pengguna di TikTok, insiden berlaku di Bandung.

Malah video tersebut juga sudah dikongsikan oleh pengguna TikTok Malaysia pada bulan yang sama.

Tips Keselamatan Bagi Wanita Yang Sedang Berjalan Berseorangan

Bagi para wanita yang selalu berjalan berseorangan, di sini kami kongsikan beberapa tips bagi melindungi diri anda. Antaranya:

  • Elakkan berjalan di kawasan sunyi dan gelap.
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa berjalan.
  • Berjalan dalam langkah yang yakin.
  • Pastikan tangan sentiasa bersedia untuk melawan sekiranya diserang.
  • Tidak memakai beg sandang bertali panjang untuk mengelak kes ragut.
  • Berjalan bertentangan trafik supaya tidak diserang daripada belakang.

Hati-hati semua!

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Lebih Satu Pertiga Rakyat Malaysia Jadi Mangsa, Undang-Undang Anti-Menghendap Akhirnya Berkuat Kuasa

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Gelisah Diganggu Bekas Pekerja ‘Psiko’ Lebih Dari Setahun, Sanggup Hubungi HQ Untuk Jejaki Mangsa

Baca Artikel Berkaitan: Jurugambar Wanita Diganggu Oleh ‘Stalker’ Sama Sejak 8 Tahun Lalu, Gesa Pihak Polis Segera Ambil Tindakan

Sumber: X (Twitter @jllmisai) | MCMC

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

18 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

18 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

19 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

19 hours ago