Anak Mualaf Meninggal Dunia 4 Tahun Lalu, Ibu Bapa Sering Ziarah Kubur Walau Berlainan Agama

Kasih sayang ibu bapa merupakan salah satu nikmat yang tidak ternilai bagi mereka yang bergelar anak.

Malah tidak kira apa sekalipun pilihan kehidupan seorang anak mereka sentiasa ada untuk memberi sokongan dan dorongan Sebagai contoh, pilihan kerjaya, pasangan mahupun agama.

Bahkan mereka cuba menghormati sesuatu keputusan itu dari sudut yang positif.

Arwah anak mualaf, namun tak halang ibu bapa untuk sentiasa ziarahi pusara

Perkara ini samalah seperti apa dilakukan oleh pasangan suami isteri berbangsa Cina ini apabila mereka sentiasa menziarahi pusara anak mereka meskipun berlainan agama (Mualaf).

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Joy MamaNunai MamaNunai di Facebook, awalnya dia terlihat pasangan suami isteri itu ketika sedang menziarahi pusara ibu bapanya di Tanah Perkuburan Sg. Belubuh, Sarawak.

Pasangan yang berusia sekitar 70-an datang untuk membersihkan kubur dengan menggunakan air mineral yang dibawa mereka.

Selepas membersihkan pusara tersebut kelihatan mereka mereka berdua kelihatan seolah-olah sedang bertafakur buat seketika.

“Bila selesai mereka memandang ke arah kami dengan senyuman, dengan ringan mulut kami bertanya ‘kubur anak ke? Mereka lalu mengiakan,” tulis Joy.

Anak masuk Islam, sudah meninggal dunia empat tahun lalu

Menurut Joy lagi, pasangan itu menjelaskan anak mereka adalah lelaki dan menganuti agama Islam dan sudah berkahwin dengan wanita berbangsa Melayu.

Kata pasangan itu, anak lelaki mereka sudah empat tahun meninggal dunia dan sebelum ini mengidap penyakit kanser otak selain menyatakan mereka sering datang berkunjung ke pusara tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan Joy berasa sedih sehingga mengalirkan air mata.

“Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anak sudah berlainan agama namun kasih sayang mereka tiada penghujung.

“Satu pengajaran pada kami hari ini, kasih pada anak tanpa syarat, Al-Fatihah buat anak arwah,” katanya lagi.

Ramai doakan agar rohnya dicucuri rahmat

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan Allahyarham agar rohnya dicucuri rahmat.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan kasih ibu bapa tiada galang gantinya meskipun berlain agama.

“Saya juga pernah alami peristiwa sama di perkuburan Mahmoodiah Johor Bharu. Pasangan ibu bapa non muslim ziarah kubur anak muslim. Mudah-mudahan mereka mendapat hidayah”

“Al-Fatihah buat arwah, semoga arwah tenang di sana”

“Walaupun saya dah memeluk agama Islam tapi setiap kali balik kampung, saya akan ziarah kubur mendiang mak yang beragama kristian. Kasih ibu sukar dicari ganti, rindu itu pasti. Semoga roh mereka tenang di sana”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

34 mins ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

1 hour ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

4 hours ago