Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mendirikan solat lima waktu sehari kerana ia merupakan antara lima daripada rukun Islam yang ada.
Syarat utama untuk seseorang itu mendirikan solat mestilah beragama Islam, baligh dan berakal. Selain itu terdapat beberapa syarat lain yang ditetapkan seperti bersih daripada hadas kecil, besar serta najis.
Meskipun ramai yang mengetahui asas syarat sah solat ini, pasti ada segelintir umat Islam terutamanya kaum hawa yang keliru mengenai hukum solat sekiranya sujud di atas telekung.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @ali_mail, seorang ustaz yang dikenali sebagai Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan perbuatan sujud ketika solat menjadi tidak sah sekiranya dahi terlapik dengan telekung yang sedang dipakai.
Menurutnya, ini kerana telekung yang dipakai merupakan benda yang bergerak mengikut badan seseorang ketika sedang solat.
“Sebab apabila kita nak sujud, syaratnya dahi kita tidak terlapik dengan benda yang bergerak. Contohnya, lelaki yang pakai serban, dia nak sujud dia tarik serban dan lapik dahinya.
“Maka benda yang bergerak dengan kita, tidak boleh kita sujud di atasnya,” katanya.
Menurutnya lagi, sujud yang sah ketika solat merupakan sujud di atas sejadah ataupun benda yang tidak bergerak mengikut badan.
Ustaz Nur menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam rancangan Assalamualaikum An-Nisa menerusi TV Alhijrah.
Dalam pada itu, Mufti Perlis Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza juga memberi pandanganya yang sama tentang perkara ini mengikut pendapat Mahzab al-Syafii.
Mengikut Mazhab al-Syafii, tidak sah sujud atas kain atau apa-apa bahan yang bersambung dengan diri orang sedang solat jika kain atau bahan itu turut bergerak bersamanya.
‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…
Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…
Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…
Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…
Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…
Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…