Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Setiap kali bertemu dengan insan yang sedang memegang naskah Al-Quran atau Yassin, pasti terkadang terlintas di fikiran kita bahawa orang sebegini ingin meminta sedekah atau bantuan.
Pun begitu, segelintir individu pula sebenarnya ingin mengagihkan kitab suci itu secara percuma dan ikhlas kepada umat Islam.
Tular pelajar agih Al-Quran kepada orang ramai
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa pelajar mengagihkan Al-Quran kepada orang ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hazim.aqil, difahamkan pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM Bera, Pahang itu mengagihkan Al-Quran menerusi satu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah berkenaan.
Pelajar MRSM ATM Bera bagi Al-Quran
Pelajar berkenaan memberikan Al-Quran kepada para penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang sedang dalam perjalanan.
“Pelajar MRSM ATM Bera mengagihkan naskah Al-Quran kepada penumpang KTM secara percuma,” tulisnya di dalam video.
Minta penumpang KTM doakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat
Lebih terharu, mereka juga meminta agar para penumpang KTM mendoakan mereka untuk menjadi hafiz dan hafizah yang berjaya di dunia dan di akhirat.
“Mereka meminta doa daripada penumpang untuk mendoakan mereka menjadi seorang hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya lagi.
Netizen beri pujian dan doa kepada para pelajar terbabit
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan para pelajar itu yang mengagihkan Al-Quran serta memohon doa daripada orang ramai untuk kejayaan mereka.