
Gara-gara Termakan Gula Ada Ganja, Lebih 60 Pelajar Di Jamaica Masuk Hospital
Menurut Menteri Pendidikan dan Belia Jamaica, gula-gula tersebut telah menyebabkan pelajar mengalami muntah dan berhalusinasi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Segelintir negara luar membenarkan penggunaan ganja kepada masyarakatnya.
Malah jika ke luar negara seperti negara barat anda mungkin boleh menjumpai ganja di dalam beberapa jenis makanan sebagai contoh biskut, coklat, gula-gula serta banyak lagi.
Bukan hanya itu, ada juga yang menjadikan tumbuhan itu sebagai salah satu bahan masakan mereka.
Baca artikel berkaitan: Disangka Kangkung, Wanita Singapura Terkejut Daun Dalam Mi Sup Di Thailand Rupanya Ganja
Pelajar sekolah rendah dimasukkan ke hospital kerana termakan gula-gula ganja
Perkara ini sama seperti apa yang berlaku kepada pelajar sekolah rendah di Jamaica ini apabila lebih daripada 60 orang telah dimasukkan ke hospital pada 2 Oktober lalu.
Mereka dimasukkan ke hospital selepas termakan gula-gula yang mengandungi ganja di dalamnya.
Semua dilaporkan dalam keadaan stabil
Ekoran daripada kejadian itu, Menteri Pendidikan dan Belia iaitu Fayval William memaklumkan kepada CNN tiada kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 12 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Menerusi muat naiknya di laman X (Twitter) menjelaskan gula-gula tersebut membuatkan pelajar muntah dan berhalusinasi.
Katanya, beberapa pesakit turut diberikan intravenous drip.
“Lebih 60 pelajar sekolah rendah terpaksa dibawa ke hospital. Ibu bapa perlu berhati-hati,” ujarnya.
Dalam hantaran itu, menteri berkenaan menjelaskan dia baru sahaja melawat kanak-kanak terbabit di hospital mereka dirawat.
“Doktor dan jururawat telah melakukan apa yang mampu bagi memastikan pelajar berkenaan sembuh,” katanya lapor CNN.
Gula-gula dalam pek pelangi mengandungi delta-8 THC
William dalam masa sama turut berkongsi gambar gula-gula berkenaan yang dibungkus dalam pek pelangi.
Menerusi pek gula-gula berkenaan tertera ditulis mengandungi Delta-8 tetrahydrocannibinol atau lebih dikenali sebagai delta-8 THC iaitu bahan psikoaktif yang terdapat dalam tumbuhan Cannabis Sativa, menurut laman sesawang Pentadbiran makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA).
Pada pek itu juga turut kelihatan amaran kerajaan di bahagian belakang yang menasihatkan agar ia dijauhi daripada kanak-kanak selain tidak boleh digunakan oleh individu yang berumur bawah 21 tahun.
Just returning from St. Ann’s Bay hospital. The doctors & nurses are doing all they can to ensure the students recover. Several were on intravenous (I V) drip. Mommies and daddies are present. One little boy said he only had ONE sweetie. That’s how potent this product is. DANGER! pic.twitter.com/rBInWvgICp
— Fayval Williams (@williams_fayval) October 3, 2023