fbpx
Now Reading
‘Beratnya Ujianmu Dik’ – Pemuda Jalan Kaki Balik Rumah Lepas Dialisis Di Hospital Buat Ramai Sedih [Video]

‘Beratnya Ujianmu Dik’ – Pemuda Jalan Kaki Balik Rumah Lepas Dialisis Di Hospital Buat Ramai Sedih [Video]

Menerusi perbualan di antara Saharuddin dengan pemuda itu, difahamkan dia menghidapi penyakit buah pinggang tahap lima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia di atas muka bumi ini pastinya pernah diuji dengan ujian dan dugaan oleh Tuhan. Apa yang membezakan adalah cabaran dan jenis ujian yang perlu dihadapi.

Ada yang diuji dengan ujian antaranya seperti masalah kewangan, masalah hubungan dan masalah kesihatan.

Namun, segalanya bergantung kepada kekuatan individu itu sendiri untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.

Oleh sebab itu, dalam kehidupan bermasyarakat, setiap orang disaran untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain bagi meringankan beban sedia ada tidak kiralah bantuan itu dalam bentuk wang ringgit atau emosi.

Jalan Kaki Lepas Dapatkan Rawatan Dari Hospital

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Aktivis Sosial Saharuddin Amirullah, dia berkongsi detik pertemuan dengan seorang pemuda.

Difahamkan, lelaki berkenaan baharu sahaja pulang dari hospital setelah mendapatkan rawatan.

Melihat kegigihan pemuda itu berjalan kaki walaupun sakit, Saharuddin mengambil keputusan untuk menumpangkannya.

“Adik ni baru balik dari hospital berjalan kaki padahal dia sebenarnya sakit, jadi kami tumpangkan dia terus ke tempat kerja,” tulis Saharuddin menerusi video berkenaan.

Baru Selesai Jalani Dialisis Di Hospital, Hidap Penyakit Buah Pinggang

Ketika dalam perjalanan pulang, Saharuddin sempat berbual dengan pemuda berkenaan. Menerusi perbualan tersebut, pemuda itu memberitahu bahawa dia menghidapi penyakit buah pinggang tahap lima.

Tambahnya, dia dikatakan baru sahaja pulang dari hospital selepas menjalani rawatan dialisis iaitu proses menapis dan mencuci darah menggunakan alat khas bagi memastikan buah pinggang kekal stabil.

Beri Bantuan Makanan Kepada Pemuda

Prihatin dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan, Saharuddin mengambil peluang untuk memberi pemuda itu bakul makanan sebagai bantuan.

Kelihatan pemuda itu tidak menolak malah dia dilihat tersenyum dan menerima bantuan itu dengan hati terbuka.

Dia juga mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Saharuddin yang sanggup membantunya yang dalam kesusahan.

@saharuddinamirullah

Beratnya ujianmu dek tapi kau masih boleh tersenyum lagi

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa pemuda itu.

Kebanyakannya kagum dengan ketabahan dan kekuatan yang ada pada diri lelaki berkenaan walaupun diuji dengan ujian yang berat.

Ada juga yang turut mengucapkan terima kasih kepada Saharuddin kerana sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti pemuda itu.

Senyuman Indah, Walaupun Sakit Adik Tetap Kuat

Dia Buat-Buat Gembira Untuk Teruskan Hidup, Gembira Bila Ada Insan Yang Ringankan Beban

Kuatnya Kau Dik, Setahu Saya Lepas Cuci Buah Pinggang Akan Rasa Lemah

Terima Kasih Orang Baik

Semoga Allah Luaskan Lagi Rezekinya

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Islam”- Lelaki Terharu Dapat Bantuan Walaupun Berlainan Agama [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kerana Cinta, Lelaki Sanggup Derma Buah Pinggang Buat Isteri Tersayang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.