Wanita Selamba Cop Parking Di Pusat Beli Belah Siap Tunjuk Penumbuk Selepas Diperhatikan [Video]

Sikap segelintir pihak yang suka ‘cop parking’ di tempat parkir awam sememangnya menjengkelkan.

Malah ada yang sanggup tidak berganjak daripada kawasan terbabit selain rela bertengkar walhal kenderaan mereka masih jauh atau terpaksa menetang arus demi mendapatkannya.

Tular wanita cop parking dalam pusat beli belah

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan perbuatan ‘cop parking’ dilakukan oleh seorang wanita di sebuah parkir pusat membeli belah yang dipercayai di Johor.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Johorbahruuser di TikTok, awalnya kelihatan kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang dipandu sedang memasuki satu lorong untuk mencari parking.

Sebaik sahaja sampai di parkir kosong, kelihatan seorang wanita telah menunggu di dalam petak berkenaan untuk ‘cop parking’.

Siap tunjuk penumbuk ke arah pemandu Hilux

Apabila melihat kereta tersebut, wanita berkenaan memandang dengan muka yang garang serta turut menunjukkan ‘penumbuk’ ke arah pemandu Hilux.

Tindakan itu dipercayai dilakukan wanita berkenaan kerana tidak mahu kenderaan tersebut mengambil parkir yang telah dicopnya.

Enggan menimbulkan isu dan bergaduh, pemandu Hilux kemudian mencari parkir lain.

Kenderaan dipercayai milik pelajar IPTA

Namun dia sempat menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang diletakkan di parkir sama dipercayai milik seorang pelajar dari sebuah institut pegajian tinggi awam.

“Terpaling Bezza, laluan sehala peduli apa yang penting ‘parking’.

“Hari ini Hilux TRD aku yang masih hutang bank kecut (takut) dengan perempuan yang nak bagi penumbuk padu. Tiba-tiba rasa malas nak gaduh-gaduh. Kebetulan Perodua Alza tu nak keluar, masuk situ jelah.

“2023 masih ada cop parking dalam mall ya,” tulisnya di kapsyen.

@johorbahruuser

Terpaling Bezza, One way peduli apa,, yang penting PARKING,,,, dak2 #uitm rupanya… Hari ini Hilux TRD aku yang masih hutang bank Kecuttt dgn perempuan yang nak bagi PENUMBUK PADU😬😬😬😬,, tiba2 rasa malas nak gaduh2,,, kebetulan alza tu nk keluar, masok situ je laa.. 2023 masih ada cop parking dalam mall ye,, #fyp #07102023 #bpmall #jpj #perempuanselalubetul #copparking

♬ Loh Eh Eh Kocak – Ari Rubiyanto

Cop parking adalah satu kesalahan di sisi undang-undang

Melihat di ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan situasi yang sama.

Buat pengetahuan anda, perbuatan cop parking merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir adalah hak milik awam.

Individu yang melakukan kesalah tersebut boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Jika sabit kesalahan sekali lagi individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM4,00 dan penjara tidak lebih 12 bulan atai kedua-duanya sekali.

“Dah nak 2024 pun ada orang cop parking lagi”

“Macam ni aku kena dekat hospital Taiping hari tu. Mak siapa tak tahu”

“Pernah kena weh. Alasan dia sebab ada anak kecik. Weh anak aku bayi kot, anak dia dah macam tingkatan tiga”

“Besar sangat penumbuk tu ya”

Baca artikel berkaitan: “Duduk Flat Selera Kondo” – Wanita Letak Tong Untuk ‘Cop Parking’ Dikecam Ramai [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

23 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago