fbpx
Now Reading
“Dapat Sakit & Malu” – Padah Tendang Kereta, Penunggang Motosikal Jatuh Tergolek [Video]

“Dapat Sakit & Malu” – Padah Tendang Kereta, Penunggang Motosikal Jatuh Tergolek [Video]

Menerusi rakaman video berkenaan, kereta Toyota Vios yang sudah memasuki ke lorong tengah cuba masuk ke lorong kanan pula namun tidak terus berbuat demikian setelah sedar dengan kehadiran seorang penunggang motosikal di laluan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika berada di jalan raya, pelbagai ragam pengguna yang dapat dilihat. Ada yang kebanyakannya mengikut peraturan, ada juga yang memandu kenderaan mengikut perasaan tanpa menghiraukan orang lain.

Malah, terdapat segelintir individu terutamanya penunggang motosikal yang sering dilihat bersikap mementingkan diri dan tidak bertolak ansur hingga kadang-kala sikap mereka ini boleh menyusahkan orang lain.

Tendang Kereta Yang Baru Bagi Isyarat Masuk Dalam Laluan

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di akaun Twitter (X) anthraxxx781, tular video seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan akibat perbuatannya sendiri.

Pada mulanya, kenderaan di kawasan tersebut bergerak dengan kelajuan yang perlahan disebabkan oleh keadaan trafik yang sesak.

Pada ketika itu, kelihatan kereta Toyota Vios berwarna putih yang berada di laluan kiri masuk ke lorong tengah.

Tidak sampai beberapa saat, kereta itu dilihat sekali lagi mahu menukar lorong dengan masuk ke lorong kanan namun tidak terus berbuat demikian setelah sedar dengan kehadiran seorang penunggang motosikal di laluan tersebut. Dia lantas kekal berada di laluan yang sama.

Apa yang mengejutkan adalah tindakan penunggang itu yang dilihat tidak puas hati dengan kereta Toyota Vios itu hingga menyebabkan dia menendang kereta berkenaan.

Terus Jatuh Daripada Motor

Tindakan penunggang motosikal itu akhirnya memakan diri apabila dia gagal mengawal motosikal sebelum jatuh tergolek.

Namun, cermin sisi milik kereta Toyota Vios dilihat patah dan rosak kerana tendangan yang dilakukan oleh penunggang terbabit.

@sinarharianonline

Tular rakaman video memaparkan seorang penunggang motosikal terjatuh selepas menendang cermin sisi sebuah kereta yang memasuki lorong kanan untuk memotong. #fyp #beritaditiktok #viral Kemalangan

♬ original sound – Sinar Harian – Sinar Harian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan balasan yang diterima oleh penunggang berkenaan.

Malah, ada di antara mereka pelik dan hairan dengan sikap penunggang itu yang dilihat seolah-olah tidak sabar sedangkan kereta tersebut masih berada di laluan yang sama.

Ini Yang Jenis Kalau Kita Baru Niat Nak Tukar Lane, Dia Dah Hon Dulu Sejauh 2KM

The Real ‘Tuhan Bayar Cash’

First Time Ke? Beriya Kau Meng’ong bak’ Side Mirror Orang

Nak Kata Padan Muka Macam Tak Baik, Tapi Tu Laa

Baca Artikel Berkaitan: “Dah Bagi Signal Kot” – Aksi Rider Tendang Cermin Sisi Porsche Cetus Kemarahan Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Lelaki Lagak Samseng Tendang Penunggang Motosikal [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.