Nirmala Challenge Jadi Trend Di TikTok, Rupanya Ini Maksud Sebenar Lagu Nyanyian Siti Nurhaliza [Video]

Umum mengetahui semakin ramai manusia telah menghabiskan masa di media sosial. Platform media sosial ini ia bukan sekadar merapatkan hubungan dengan kenalan sebaliknya pengguna juga didedahkan dengan trend-trend semasa.

Trend itu bagaimanapun ditularkan hanya sekadar hiburan semata-mata untuk melihat reaksi orang ramai.

Lagu Nirmala jadi trend konten orang buat mimik muka gersang

Malah ia turut dilihat bertukar-tukar hampir setiap bulan sebagai contoh baru-baru ini di TikTok ramai yang melakukan Nirmala challenge (cabaran) yang menggunakan suara latar lagu dari nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti).

Challenge ini memerlukan dua individu untuk membuat beberapa mimik muka yang tidak sepatutnya.

Influencer kongsi apakah maksud sebenar dalam lirik lagu Nirmala

Susulan itu, influencer yang dikenali sebagai Zhiddin Aziz telah bertindak melakukan penelitian terhadap maksud lirik lagu Nirmala selepas rasa kurang selesa dengan cabaran yang menggunakan lagu berkenaan.

Menurut Dewan Bahasa Edisi Ke-4 Nirmala itu bermaksud tidak ternoda atau suci.

“Trend ini orang buat muka gersang minta maki, walhal lagu terbabit menceritakan tentang Saidatina Aisyah R.A yang difitnah berdua-duaan dengan Safwan iaitu sahabat Rasulullah SAW (peristiwa Al-Ifki),” katanya.

Antara lirik yang dijelaskan maksudnya adalah:

  • Tangis bagai gerimis – Aisyah menangis kerana difitnah.
  • Hati bak tasik pedih – Aisyah menyembunyikan tangisan kelihatan seperti air tasik yang tenang.
  • Cuba cari hakikat temukan azimat – Aisyah bertunjang agama untuk menemui kekuatan.

Rasulullah SAW buntu, turun wahyu dari Allah SWT

Malah ketika peristiwa itu berlaku ia turut membuatkan Rasulullah ketika itu buntu sehingga memanggil sahabatnya iaitu Saidina Usamah Bin Zaid dan Saidina Ali Bin Abi Talib.

Namun baginda masih belum menjumpai apakah penyelesaiannya sehingga turun wahyu dari Allah SWT.

“Ayat al-Quran turun menafikan fitnah tersebut.”

Dia lalu membacakan sepotong ayat dari surah An-Nur ayat 11 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya orang yang bawa berita dusta itu ialah dari kalangan kamu, antara petikan.”

Rasa sedih orang guna lagu mengisahkan cerita isteri Rasulullah dengan mimik muka gersang

Kata Zhiddin yang juga anak kepada pengacara Arwah Aziz Desa inilah maksud sebenar di sebalik lagu Nirmala yang didendangkan oleh Siti Nurhaliza dan apabila dia melihat individu melakukan konten ini dengan membuat muka gersang atas kisah mengenai isteri Rasulullah SAW membuatkannya berasa sedih.

Pendedahannya mengenai lirik itu turut mendapat reaksi dari Siti Nurhaliza di IG Story miliknya.

Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Zhiddin kerana telah menyampaikan maksud dan kisah sebenar di sebalik lagu Nirmala ini.

Untuk makluman lagu Nirmala ini digubah oleh arwah Pak Ngah dan Che’ Kem dan dikeluarkan pada tahun 2022 dalam album Sanggar Mustika.

Lagu ini pernah mendapat memasuki Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-17 dan berjaya mendapat persembahan terbaik serta juara kategori irama Malaysia.

“Trend ni mula-mula memang guna lagi lain, lagu ‘Super Bass’ tapi tak tahu macam mana tiba-tiba guna lagu tu pula”

“Lepas tengok ni baru aku tahu trend Nirmala ni. Lagi jauh ketinggalan.. tapi aku suka penjelasan kau”

“Sentiasa hormati lagu-lagu digubah oleh arwah Pakngah terutama Nirmala. Lirik pun padu”

“Kamu adalah contoh belia pemuda terbaik di Malaysia”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

13 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago