Isu Bekalan Barang: Viral Akan Lambatkan Proses, Guna Saluran Aduan Yang Betul – Fauziah Salleh

Tidak dinafikan sejak adanya platform media sosial, ramai mengambil pendekatan untuk menularkan sesuatu isu berbangkit agar ia mendapat perhatian banyak pihak.

Malah ramai merasakan tindakan itu lebih efektif memandangkan media sosial masa kini sudah menjadi medium utama masyarakat dalam menyampai sesuatu perkara hingga menjadi bualan.

Antara yang menjadi bualan adalah seperti isu beras, kenaikan harga barangan asas, serta banyak lagi.

Namun sesuatu penularan itu adakalanya boleh memberikan imej buruk terhadap sesuatu perkara terutama jika ia tidak ditangani dengan betul.

Timbalan Menteri KPDN sarankan orang ramai buat aduan menggunakan kod QR Aduan Bekalan

Perkara itu turut dinasihatkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fauziah Salleh yang meminta orang ramai untuk menggunakan saluran yang betul bagi membuat aduan sekiranya berdepan isu bekalan makanan dan kenaikan harga barang.

Beliau menyarankan orang ramai untuk menyalurkan aduan mereka di saluran rasmi kementerian iaitu Kod QR Aduan Bekalan yang boleh berhubung terus dalam talian hotline WhatsApp Khas.

Selain itu, beliau turut meminta agar orang ramai tidak menggunakan pendekatan untuk menular sesuautu isu berkaitan masalah bekalan serta kenaikan harga barang secara terus di media sosial.

Menurutnya dengan aduan yang dibuat secara terus di hotline WhatsApp, pihak penguatkuasa akan menjalankan siasatan mengenai aduan dalam masa 24 jam.

Penularan aduan hanya akan lambatkan proses untuk tindakan diambil

Namun sekiranya aduan itu ditularkan di media sosial, ia hanya melambatkan proses kerana KPDN perlu mengambil masa untuk menjalankan siasatan seperti mengumpul maklumat sebelum melakukan sebarang tindakan.

“Kadang-kadang netizen suka guna saluran aduan secara tular di media sosial. Sebenarnya akan lagi melambatkan proses. Sebaik-baiknya guna saluran yang betul. Kalau salur terus kepada KPDN, kita boleh ambil tindakan segera.

“Macam kes ‘viral’ (tular) kita terpaksa cari siapa yang mula tularkan. Pergi jumpa, baru lah boleh mulakan siasatan. Jadi demi rakyat dan negara, kita sudah buka Kod QR spesifik untuk aduan bekalan makanan.

“Setiap aduan akan disiasat dalam tempoh 24 jam. Kalau betul-betul nak salurkan aduan berkaitan beras ke, minyak atau gula, adukan pada saluran yang betul supaya pihak KPDN boleh beri tumpuan pada aduan-aduan yang sampai,” ujarnya lapor Kosmo.

Katanya lagi, menerusi aduan yang dibuat ia mempunyai maklumat yang lengkap seperti lokasi diadu, jenis barangan, bukti pembelian dan banyak lagi.

Oleh itu, orang ramai boleh membuat aduan menerusi Kod QR dengan melayari laman rasmi KPDN atau hubungi secara terus di talian 019 848 8000.

Untuk membuat aduan menggunakan WhatsApp, tekan link di sini.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago