Boleh Ke Sebarkan Gambar Pelaku Maksiat Sebagai Pengajaran? Ini Jawapan Jabatan Mufti Pulau Pinang

Umum mengetahui, kecanggihan teknologi pada zaman ini menyebabkan segala gambar dan video mudah tersebar di platform-platform media sosial sekaligus menjadi bualan ramai.

Pun begitu, ada sesetengah gambar atau video dilihat tidak sesuai untuk disebarkan apabila ia berkaitan dengan aib seseorang.

Jabatan Mufti Pulau Pinang terangkan hukum sebar gambar atau video pelaku maksiat

Susulan itu, Jabatan Mufti Pulau Pinang menerangkan tentang hukum jika menyebarkan gambar atau video pelaku maksiat untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

Menurut Kosmo yang memetik Jabatan Mufti Pulau Pinang, hukum mencegah kemungkaran yang berlaku di hadapan mata merupakan sesuatu yang wajib.

Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat 110

Jelas jabatan itu lagi, perkara ini juga disampai oleh Allah SWT menerusi Surah Ali-Imran ayat 110.

“Kamu ialah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah.”

Surah Ali-Imran, ayat 110

Malah, Abu Sa’id Al-Khudri juga pernah melaporkan sabda Nabi Muhammad SAW tentang nasihat Baginda kepada umatnya jika melihat sesuatu perbuatan kemungkaran.

“Sesiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahnya dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.”

Hadis sahih, Imam Muslim

Umat Islam wajib benci dan cegah kemungkaran tapi bukan benci individu yang lakukan

Maka jelas di sini, bahawa umat Islam sememangnya diwajibkan untuk mencegah kemungkaran kerana harus membenci perbuatan mungkar tersebut tetapi bukan membenci individu yang melakukannya.

Dalam satu kisah lain yang dikongsikan pula, pada suatu hari, Abu Darda’ bertemu dengan seorang lelaki yang telah melakukan dosa dan orang ramai di sekitarnya sedang menghina serta mencerca lelaki tersebut. Abu Darda’ berkata: “Apa pendapat kamu, jika lelaki ini jatuh di dalam lubang yang dalam, adakah kamu akan berusaha untuk mengeluarkannya?”

Orang ramai menjawab, “Ya, sudah tentu”. Abu Darda’ berkata lagi, “Jika begitu, janganlah kamu menghina saudara kamu ini. Pujilah Allah kerana Dia telah menyelamatkan kamu daripada melakukan dosa sepertinya.”

Mereka bertanya, “Tidakkah kami boleh memarahinya?” Abu Darda’ menjelaskan, “Sesungguhnya aku membenci perbuatan dosanya sahaja. Jika dia telah meninggalkan dosa itu, dia tetap saudaraku.”

Umat Islam tidak harus jadi pembantu syaitan dengan doakan kecelakaan pendosa

Selain itu, sahabat Nabi iaitu Abdullah bin Mas’ud juga pernah berkata, seseorang umat Islam itu haruslah tidak menjadi pembantu syaitan dengan mendoakan kecelakaan terhadap saudara seagama yang telah melakukan sesuatu dosa.

Sebaliknya, beliau berkata hendaklah mendoakan agar pelaku dosa itu diampunkan oleh Allah SWT.

Hukum sebar gambar orang lakukan dosa adalah haram kerana mengaibkan

Oleh itu, hukum menyebarkan gambar orang yang melakukan dosa adalah haram, kerana ia termasuk dalam mengaibkan saudara seagama.

Pada masa sama, ia juga termasuk dalam perbuatan membantu syaitan menyebarkan maksiat di atas muka bumi ini.

Maka alasan untuk penyebarkan gambar pelaku maksiat agar orang lain dapat mengambil pengajaran adalah tidak boleh dipakai kerana ia tidak menghalalkan perbuatan yang haram tersebut.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Recent Posts

  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

20 mins ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

2 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

2 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

3 days ago