
Founder Jual Jamu Kecewa Ditipu Pengurus Syarikat Hingga RM174,000
Dakwa usahawan itu, semua perkara mula terbongkar selepas suami kepada pekerja berkenaan mempersoalkan dari mana isterinya memiliki wang yang banyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang usahawan yang sedang memarahi seorang pekerjanya selepas mendakwa individu itu menyeleweng wang sehingga RM174,000.
Menurut usahawan yang juga influencer itu, perkara tersebut telah dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya itu sejak beberapa bulan lepas.
Terbongkar lepas suami persoal dari mana isteri miliki wang banyak
Namun kegiatan itu mula terbongkar selepas suami kepada pengurus syarikat berkenaan menemuinya dan bertanya dari mana isterinya mempunyai wang yang banyak.
Dakwanya, wanita yang juga pengurus syarikat itu telah bekerja selama empat tahun dengannya namun dia tidak pernah menyangka akan diperlakukan sebegitu rupa.
“Saya tak pernah sangka dia akan ambil duit kerana ketika saya ambil dia kerja, dia memang susah dan terdesak nak bekerja,” dakwanya dalam video di TikTok, dipetik Kosmo.
Dah lama tak masuk pejabat kerana masalah kesihatan
Dakwa usahawan itu lagi, dia tidak dapat mengesan kegiatan wanita berkenaan kerana sudah lama tidak ke pejabat disebabkan faktor kesihatan yang tak mengizinkan.
“Saya sakit sehingga tak boleh nak makan. Jadi pembantu saya yang uruskan semua termasuk akaun TikTok.
“Namun, semua ini mula terbongkar selepas dia minta cerai dengan suaminya. Kemudiannya, suaminya datang berjumpa saya dan bertanya dari mana isteri dia dapat duit banyak.
“Kronologinya, dia minta cerai dan kantoi curang dan semuanya terungkai apabila saya mengambil semula telefon syarikat,” jelasnya.
Siap belanja duit beli rumah dan kereta masa syarikat tiada untung
Usahawan itu mendakwa wanita berkenaan turut membelanjakan beberapa jumlah wang untuk membeli sebuah kereta dan rumah semasa syarikatnya tidak membuat sebarang keuntungan.
Dia dalam masa sama turut menjadikan kejadian itu sebagai satu pengajaran dan akan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dalam masa terdekat.
“Bayangkan di saat saya susah dia beli kereta dan rumah. Jumlah yang dicuri setakat dikira adalah RM174,000 dan masih ada lagi yang belum habis dihitung.
“Bagaimanapun, ini juga satu pengajaran untuk saya kerana terlalu percayakan orang.”