Umum mengetahui antara tanda-tanda seorang ibu hamil sudah sampai waktu untuk melahirkan adalah air ketuban mula pecah.
Oleh itu, apabila perkara ini berlaku si ibu dinasihatkan untuk segera ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kerana bayi mungkin akan keluar pada bila-bila masa sahaja.
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di Thailand apabila ingin bersalin semasa makan di sebuah restoran terkenal di negara terbabit.
Pengurus restoran iaitu Yuthaphum Kaerkhem yang juga dikenali sebagai Boom menjelaskan insiden berlaku semasa wanita terbabit sedang menikmati makanannya sebelum mengalami rasa sakit untuk bersalin.
Malah salah seorang pekerja Boom di restoran Moo Krata mengatakan air ketuban wanita berkenaan telah pecah dan dia akan menjalani proses bersalin.
Mereka kemudian segera mengatur kenderaan untuk menghantar wanita berkenaan ke hospital.
Namun wanita berkenaan sempat menitipkan pesan kepada pekerja restoran untuk tidak membersihkan meja yang didudukinya kerana masih ingin menikmati makanan tersebut jika dia tidak jadi bersalin.
“Dia (pelanggan) beritahu untuk tidak membersihkan mejanya lagi kerana tidak dapat makan banyak. Jika dia tidak bersalin selepas ke hospital, dia akan datang kembali untuk menikmati semula makanannya,” jelas Boom, lapor The Thaiger.
Boom yang terkejut namun terhibur dengan pesanan itu kemudian menawarkan hadiah kehamilan buat wanita tersebut.
“Beritahu pelanggan itu saya akan beri makanan percuma untuk sembilan bulan. Namun buat masa ini, dia perlu fokus untuk melahirkan bayinya.
Memetik laporan Asia One, Boom sehari selepas hantarannya kemudian berkongsi beberapa gambar pelanggan berkenaan bersama bayinya di hospital.
Menurut Sin Chew Daily, pelanggan tersebut tidak sangka akan melahirkan bayinya sebegitu awal kerana dia dijangka bersalin pada 27 Oktober.
Boom dalam pada itu, turut berkongsi video melawat wanita berkenaan sambil membawa beberapa barangan barbeku.
Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…
Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…
Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…
Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…
Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…