fbpx
Now Reading
Kenali Deportivo Palestino, Kelab Bola Sepak Di Chile Yang Sokong Perjuangan Palestin Sejak Seratus Tahun Lalu

Kenali Deportivo Palestino, Kelab Bola Sepak Di Chile Yang Sokong Perjuangan Palestin Sejak Seratus Tahun Lalu

Bukan sahaja pemain, malah seluruh kelab, pengurusan dan juga peminat mereka menyokong perjuangan Palestin yang berdekad lamanya ditindas pengganas Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Belakangan ini, rata-rata rakyat di seluruh dunia tidak kira ahli politik, orang ternama mahupun selebriti sedang menunjukan sokongan mereka terhadap Palestin dengan bersoladiriti bersama-sama.

Ini kerana, kekejaman pengganas Israel yang selama ini diselindungi oleh rata-rata media dan organisasi di barat semakin terbongkar dan diketahui ramai.

Lebih mengharukan, ada segelintir ahli-ahli sukan di serata dunia yang turut mempamerkan sokongan mereka terhadap Palestin semasa dalam pertandingan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Betapa Hipokritnya Mereka” – Azizulhasni Dedah Hampir Dibatal Penyertaan Kejohanan Kerana Sokong Gaza

Deportivo Palestino, kelab bola sepak di Chile yang sokong Palestin selamanya

Pun begitu, tahukah anda ada sebuah kelab bola sepak profesional dari Chile yang ditubuhkan sejak seratus tahun lalu semata-mata dengan tujuan untuk menunjukkan sokongan penuh mereka terhadap Palestin.

Kelab yang dikenali sebagai Deportivo Palestino itu mula ditubuhkan pada tahun 1920 oleh seorang warga Palestin yang tinggal di Chile.

Pada awal penubuhannya dahulu sehingga 1952, Palestino hanya menjadi sebuah pasukan amatur yang diwakili pemain Arab, lapor The New Arab.

Namun kini, ia sudah menjadi sebuah kelab profesional dan mula bersaing dalam liga kebangsaan. Meskipun kebanyakan pemain bukanlah beragama Islam, tetapi sokongan mereka tetap bersama Palestin.

Seluruh pemain, kelab pengurusan dan peminat menyokong perjuangan Palestin

Bukan sahaja pemain, malah seluruh kelab, pengurusan dan juga peminat mereka menyokong perjuangan Palestin yang berdekad lamanya ditindas pengganas Israel.

Malah kelab ini turut menggunakan warna bendera Palestin sebagai warna pasukan termasuk jersi utama mereka.

Gantikan nombor 1 di jersi dengan peta Palestin pada 2014

Mereka juga pernah menggemparkan dunia pada tahun 2014 dahulu apabila kelab terbabit menggantikan nombor satu di baju mereka dengan peta Palestin pada tahun 1948 sebelum dijajah rejim Zionis.

Mereka juga pernah mengegarkan arena bola sepak di sana pada tahun 2021 apabila masuk ke padang dengan memakai Keffiyeh yang menjadi simbolik rakyat Palestin sewaktu perlawanan menentang Colo-colo.

Semua itu dilakukan atas tanda solidariti mereka terhadap Palestin dan penduduknya.

Maka jelas bahawa Palestino bukan hanya sebuah kelab bola sepak yang menggunakan nama Palestin, malah mereka sebuah pasukan yang sentiasa bersoladiriti bersama Palestin dengan cara bersukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.