New Era Buka ‘Flagship Store’ Pertama Di The Starhill Kuala Lumpur

Bagi penggemar barangan streetwear, anda pasti cukup mengenali jenama New Era yang terkenal dengan topi ikonik dan pakaian yang telah berada dalam pasaran dunia sejak puluhan tahun dahulu.

New Era juga dikenali di seluruh dunia kerana menjadi pembekal topi rasmi untuk sukan NFL, MLB dan NBA di Amerika Syarikat.

New Era secara rasmi buka kedai flagship pertama di Malaysia

Terbaharu, pada Khamis lalu (19 Oktober), New Era secara rasminya telah membuka kedai ‘flagship’ pertamanya di Malaysia di The Starhill, Kuala Lumpur.

Kedai Flagship New Era ini memperkenalkan gabungan reka bentuk, eksklusiviti, dan inovasi yang tiada tandingan, sekaligus mempertahankan warisan jenama dalam membentuk fesyen kontemporari.

Bagi menyambut pembukaan kedai flagship ini, New Era telah menjemput BuzzKini untuk melihat sendiri koleksi-koleksi pakaian dan topi dengan petunjukan fesyen yang memaparkan pakaian dan eksesori lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Artis tempatan seperti SonaOne, Asyraf Nasir dan SYA turut membuat persembahan dalam majlis tersebut selain SYA difahamkan menjadi artis Malaysia pertama yang berkolaborasi dengan New Era untuk kempen ‘Fit For Glory’.

Produk yang dijual akan dikelaskan mengikut koleksi

Dalam pada itu, apa yang membezakan butik flagship ini daripada 21 kedai New Era lain yang ada di seluruh negara adalah produk-produk yang dijual akan dikelaskan mengikut koleksi.

Kedai ini juga dihiasi dengan paparan LED terkini, yang akan memberi pengalaman membeli-belah menakjubkan kepada pelanggan yang mencerminkan dedikasi jenama terhadap inovasi.

New Era flagship store bawa koleksi eksklusif dan produk kolaborasi

Selain daripada pelbagai jenis topi, pakaian dan aksesori, kedai flagship ini juga akan menjadi satu-satunya kedai di Malaysia yang membawa koleksi eksklusif dan produk kolaborasi seperti:

  • October’s Very Own
  • Disney
  • Warner Bros
  • Fear of God Visor

Jadi, para penggemar topi atau barangan New Era jangan lepaskan peluang untuk singgah ke ‘flagship store’ ini di The Starhill, Kuala Lumpur.

Boleh rambang mata dibuatnya tengok semua koleksi-koleksi yang ada dan boleh dibeli ini…

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

20 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago