fbpx
Now Reading
Siap Pakai Kasut Perempuan & Bertudung, Lelaki Ditangkap Dipercayai Mengendap Wanita

Siap Pakai Kasut Perempuan & Bertudung, Lelaki Ditangkap Dipercayai Mengendap Wanita

Lelaki yang kantoi mengendap wanita itu turut mengakui dia telah berkahwin sebaik ditanya oleh si perakam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Insiden wanita diintai oleh individu tidak bertanggungjawab sudah banyak dilaporkan berlaku tidak kiralah di kawasan tersembunyi mahupun tempat awam.

Malah ada segelintir daripada pelakunya turut merakam perbuatan mangsa yang diintainya untuk dijadikan simpanan.

Lelaki kantoi intai wanita dalam tandas awam di pasar raya

Baru-baru ini, tular satu video di laman X (Twitter) yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai kantoi mengintai di dalam tandas wanita.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang, Johor.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang memegang lelaki berkenaan untuk mengelakkan dia daripada melarikan diri.

Telefon bimbit turut dirampas untuk pemeriksaan

Turut kelihatan seorang wanita meminta telefon bimbit lelaki itu dipercayai untuk memeriksa jika terdapat sebarang rakaman yang dibuat olehnya.

Lelaki itu turut meminta wanita berkenaan agar tidak memanjangkan perkara kerana malu. Berang dengan kenyataan lelaki tersebut, wanita itu lantas ‘menyekolahkan’ pelaku bahawa perbuatannya itu turut akan membuatkan mangsa berasa malu.

Siap pakai kasut wanita dan bertudung untuk skodeng

Dalam video turut kedengaran si perakam meminta untuk melihat barangan yang digunakan untuk menyamar seperti sandal dan tudung selain kakinya turut diwarnakan dengan inai.

“Tengok selipar kau. Kaki berinai guys, selipar perempuan. Mana tudung kau?” soal perakam itu sambil meminta lelaki berkenaan memakai tudungnya.

Lelaki itu turut mengaku bahawa dirinya sudah berkahwin sebaik ditanya oleh si perakam.

Ramai kecam tindakan lelaki kantoi mengendap

Orang ramai yang melihat perkongsian video tersebut turut meminta para wanita untuk lebih berhati-hati sekiranya memasuki tandas awam.

Tidak kurang juga ada yang mengecam tidakan lelaki berkenaan yang sanggup menyamar demi mengintai wanita lain.

“Bila kahwin tak jadi solusi, yang kau perlukan adalah kawal diri”

“Harap kenalah, sebab dia siap pakai tudung apa semua. Bukan memain dia punya usaha tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.