McDonald’s Malaysia Dedah Tidak Terlibat Dalam Penindasan Rakyat Palestin

Terdahulu, McDonald’s Israel menjadi perhatian dunia selepas mengedarkan bekalan makanan percuma kepada tentera serta rakyat Israel dalam tempoh peperangan yang berlaku di Palestin.

Walau bagaimanapun, tindakan restoran makanan segera itu di Israel menyebabkan nama McDonald’s Malaysia turut terpalit apabila ada pihak yang mencetuskan perdebatan sama ada mereka juga berpihak kepada rejim Zionis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 15 Oktober lalu, McDonald’s Malaysia dalam kenyataannya menegaskan bahawa tindakan yang diambil oleh McDonald’s Israel adalah keputusan bersendirian dan tidak mencerminkan amalan dan nilai McDonald’s Malaysia.

Artikel Berkaitan: Tindakan McDonald’s Israel Beri Makanan Percuma Pada Tentera & Warga Penjajah Tidak Cerminkan Nilai McD Malaysia


McDonald’s Malaysia Beri Penjelasan Selepas Dikaitkan Dengan Isu Penindasan Di Palestin

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@mcdonaldsmalaysia), restoran makanan segera terkenal di Malaysia ini menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan isu penindasan yang berlaku di Palestin.

Ini kerana McDonald’s Malaysia yang dimiliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan yang diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd di bawah Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada tahun 2017 dan telah menjadi entiti 100% milik orang Islam.

McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan perkara yang sering menjadi tanda tanya orang ramai tentang isu hubungan kami dengan penindasan di Palestin. Ianya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

McDonald’s Malaysia.

Pembayaran Royalti Kepada McDonald’s Corporation Tidak Digunakan Untuk Penindasan Palestin

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia turut memaklumkan bahawa pembayaran royalti kepada McDonald’s Corporation adalah untuk mendapatkan hak penggunaan jenama serta sistem perniagaan.

Pembayaran tersebut membolehkan pelanggan mendapat pengalaman yang sama apabila mereka berada di mana-mana restoran McDonald’s seluruh Malaysia atau negara lain.

Sumber: Verdict Food Service

Namun begitu, McDonald’s Malaysia menegaskan bahawa pembayaran royalti itu tidak digunakan untuk menindas rakyat Palestin.

Ini kerana McDonald’s Corporation tidak boleh membiayai atau terlibat dalam sebarang bentuk keganasan mahupun penindasan di mana-mana negara.

Sebagai sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di bursa saham, wang perbelanjaan McDonald’s Corporation adalah tertakluk kepada undang-undang, kod etika perniagaan, sistem tadbir urus dan pengauditan yang sangat ketat dan telus.

McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia Perjelas Pendirian Tentang Konflik Palestin Dan Israel

Sementara itu, McDonald’s Malaysia menyatakan mereka tidak terlibat dalam konflik atau agama di mana-mana negara.

Pada masa yang sama, mereka turut prihatin dan peka dengan krisis kemanusiaan yang berlaku setiap kali tercetusnya isu Palestin-Israel.

Kami telah dan akan terus menyokong usaha kerajaan Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan di kawasan-kawasan yang terkesan.

McDonald’s Malaysia.

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Rakyat Palestin

Pada 17 Oktober lalu, McDonald’s Malaysia telah menyumbangkan bantuan bernilai RM1 juta kepada kepada Dana Kemanusiaan Palestin.

Dana tersebut baharu sahaja dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri selaras dengan hasrat kerajaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lalu (13 Oktober).

Bantuan yang dihulurkan ini termasuklah dari segi tempat tinggal, makanan, perubatan dan bantuan pemindahan jika ia diperlukan oleh pasukan keselamatan.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia berharap sumbangan yang diberikan menerusi Dana Kemanusiaan Palestin itu dapat memberi sokongan kepada misi bantuan di Gaza dengan memenuhi keperluan kritikal di sana.

Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Buat Rakyat Palestin

McDonald’s Malaysia Tangguh Karnival Famili Mekdi

Dalam satu hantaran terbaharu, McDonald’s Malaysia mengumumkan tentang penangguhan buat sementara waktu bagi program Karnival Famili Mekdi yang sepatutnya berlangsung di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Susulan itu, pihak McDonald’s Malaysia membuat permohonan maaf berikutan keputusan yang dibuat.

Bagi peserta yang telah mendaftar nama bagi acara Mekdi Fun Walk pada 28 Oktober di McDonald’s cawangan Putrajaya, bayaran yuran yang telah dibuat akan dipulangkan semula.

Peserta juga akan dihubungi oleh pihak McDonald’s Malaysia untuk proses pemulangan wang yuran sepenuhnya.

“McDonald’s Malaysia bersama badan kebajikan pilihan kami, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia, kekal komited dalam usaha menyantuni masyarakat, terutamanya dalam meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam komuniti tempatan,” kata McDonald’s Malaysia.

Recent Posts

  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

3 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

3 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

4 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

4 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

4 hours ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

6 hours ago