fbpx
Now Reading
“Saya Bersama Palestin & Patung David Telah Dibuang” – Syamimia Mohon Maaf, Akui Kesilapan Diri

“Saya Bersama Palestin & Patung David Telah Dibuang” – Syamimia Mohon Maaf, Akui Kesilapan Diri

Syamimia turut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melukakan hati sesiapa atas tindakannya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan Rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat atau status begitu cakna dengan berkembangan isu yang sedang berlaku di Palestin pada ketika ini.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat di negara ini bersama-sama sokong perjuangan Palestin daripada terus ditindas tentera Israel dan akan berasa terkilan sekiranya ada pihak terutamanya orang yang berpengaruh jika memilih untuk berdiam diri.

Syamimia teruk dikecam netizen kerana tak nak ulas isu Palestin

Seperti baru-baru ini, seorang influencer yang dikenali sebagai Nur Syamimia telah menerima kecaman teruk daripada netizen gara-gara enggan menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan sokongan terhadap Palestin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Tak Nak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

Meskipun dia sudah memohon maaf tentang perkara itu, netizen tetap kecewa dengan Syamimia dan terus memboikotnya dengan cara ‘unfollow’ kesemua akaun media sosialnya terutamanya di aplikasi TikTok.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Sekelip Mata Je ‘M’ Kau Hilang” – Enggan Ulas Isu Palestin, Pengikut Syamimia Terus Menurun Dari 1 Juta

Tidak cukup dengan itu, hiasan patung ‘David’ yang ada di dalam rumahnya juga menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Syamimia tampil mohon maaf sekali lagi

Terkini, Syamimia tampil sekali lagi untuk memohon maaf atas kekhilafan dirinya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurutnya, isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar dia untuk menjadi lebih peka pada isu semasa selain menganggap ia adalah pengajaran tersebar dalam hidupnya.

“Dengan rendah hati, saya Syamimia ingin sekali lagi memohon maaf kepada semua di atas kekurangan saya selama ini.

“Isu Palestin dan ukiran patung David telah mengajar saya untuk menjadi seseorang yang lebih peka pada isu semasa dan ini merupakan pengajaran terbesar dalam hidup saya,” katanya.

Syamimia akui bersama Palestin dan sudah buang hiasan patung David

Jelas Syamimia, dia turut memaklumkan bahawa dirinya tetap bersama dengan perjuangan saudara-saudara di Palestin selain telah membuang patung David tersebut.

“Saya bersyukur menerima bimbingan yang anda berikan dan saya mengaku bersalah kerana tidak prihatin tentang isu ini.

“Saya akui saya masih muda dan buat kesilapan. Kekurangan ini menjadi iktibar untuk saya perbaiki diri masa hadapan,” katanya lagi

Berkongsi lanjut, Syamimia turut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melukakan hati sesiapa atas tindakannya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.