“Beri Makan Sedikit” – Dr Zulkifli Perjelas Isu Kucing Mati Dikurung Oleh Owner

Pasti ramai di luar sana yang sering berasa runsing sekiranya terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan bersendirian dalam rumah akibat urusan harian.

Mana tidaknya, haiwan comel tersebut tidak boleh berbicara dan mengharapkan manusia untuk membantu mereka dari segi penjagaan seperti makan dan minum.

Walaupun begitu, terpaksa juga meninggalkan haiwan tersebut tanpa pengawasan sesiapa kerana tiada pilihan lain. Namun, perkara sedemikian telah pun menyebabkan seekor kucing mati selepas ditinggalkan oleh tuannya.


Seorang Individu Telah Tinggalkan Kucing Di Rumah Selama Seminggu Sehingga Mati

Baru-baru ini, seorang individu tidak dikenali telah berkongsi satu kisah yang dilaluinya di laman Maktabah Al-Bakri.

Menurut individu itu, dia mempunyai seekor kucing peliharaan berbaka Parsi yang sangat cantik.

Namun pada satu hari, dia telah meninggalkan si bulus kesayangannya bersendirian dalam rumah selama seminggu bersama jumlah makanan yang sedikit kerana terpaksa bermusafir.

Kucing berkenaan walau bagaimanapun, telah ditemui mati apabila tuannya sudah pulang daripada urusan yang lama.

Insiden memilukan itu menyebabkan individu tersebut meminta bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk memberi pencerahan terhadap kejadian terbabit.


Dr Zulkifli Perjelas Hukum Mengabaikan

Menjawab pertanyaan daripada pemilik kucing, Dr Zukifli telah membalas hantaran tersebut dengan menyertakan satu firman Allah SWT dipetik dari surah al-Baqarah ayat, 195 iaitu:

“وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ”

Maksudnya: “Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Menurut Dr Zulkifli, berihsan kepada manusia serta haiwan merupakan sesuatu perkara yang wajib dipatuhi.

Antara bentuk ihsan kepada haiwan adalah dengan memberi makan dan minum lebih-lebih lagi jika ianya di bawah penjagaan serta tanggungan seseorang.

Tambah beliau, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa hukumnya adalah berdosa jika mengabaikan tanggungjawab memberi makan kepada haiwan peliharaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga telah menyertakan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda iaitu:

“دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ”

Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makanan, bahkan tidak membiarkannya memakan serangga-serangga tanah.”

[Riwayat al-Bukhari (3318), dan Muslim (2242)]

Memetik kenyataan Imam Al-Khatib al-Syirbini, ia menjadi satu kewajipan bagi pemilik haiwan muhtaram (bukan haiwan perosak) untuk menyediakan makanan dan minuman bagi menghilangkan kelaparan serta kehausan.

Sumber: Pexels/Facebook

Dr Zulkifli Berpendapat Pemilik Kucing Tak Sengaja Tinggalkan Kucing Sehingga Mati

Walaupun begitu, Dr Zulkifli berpendapat bahawa kes yang dialami oleh individu itu adalah satu kesilapan tidak disengajakan.

Dalam konteks itu, pemilik kucing tersebut perlulah mengharapkan semoga Allah SWT mengampuni kesalahan yang dilakukannya.

Rasulullah SAW bersabda:

 “إِنَّ اللَّهَ قَدْ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ”

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku akan kesilapan, lupa dan apa yang dipaksakan ke atasnya.”

[Riwayat Ibn Majah (2043)]

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk sentiasa cakna tentang hal berkaitan makan dan minum haiwan

Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Individu Hempas Batu Pada Kucing Jalanan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: “Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut

Recent Posts

  • Trending

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai…

19 seconds ago
  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

3 hours ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

3 hours ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

4 hours ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

4 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

4 hours ago