Kes Mat Saleh Potong ‘Q’, Peguam Tak Terima Permohonan Maaf Menara Berkembar PETRONAS

Seorang lelaki yang mendakwa kakitangan Menara Berkembar PETRONAS ‘pilih bulu’ serta memberi layanan istimewa terhadap satu pasangan warga asing berbanding dirinya tidak menerima permohonan maaf yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan menara terbabit.

Hal ini berikutan permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar PETRONAS itu tidak menyatakan secara terperinci mengenai insiden terbabit yang berlaku pada Jumaat lalu (3 November).

Pihak Pengurusan Operas Lawatan buat permohonan maaf secara terbuka

Sebelum ini, pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar PETRONAS telah mengeluarkan satu kenyataan permohonaan maaf secara terbuka di atas insiden yang berlaku itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan sedang menjalankan siasatan segera akan isu yang sama tidak berulang lagi.

“Pihak Pengurusan Operasi Lawatan Menara Berkembar PETRONAS ingin memohon maaf di atas insiden yang telah berlaku.

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera. Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” tulisnya.

Kenyataan maaf dikeluarkan tidak merujuk secara terperinci kepada kejadian terbabit

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas kejadian tidak merujuk secara terperinci mengenai insiden itu menyebabkan lelaki berkenaan, Datuk Shamsuddin Nawawi tidak menerima permohonaan maaf terbabit.

“Saya baca ia langsung tidak merujuk kepada apa yang berlaku seperti yang saya tuliskan. Tidak juga merujuk kepada insiden yang berlaku ataupun mengenai hantaran saya.

“Jadi PETRONAS Twin Tower memohon maaf mengenai apa? Kepada siapa? Tidak juga merujuk kepada insiden seperti masa dan tarikh yang saya sebut atau kepada tiket yang telah saya paparkan serta gambar-gambar orang yang saya juga paparkan,” katanya.

Lelaki dakwa kakitangan PERTONAS Twin Tower beri pasangan mat saleh potong barisan

Terdahulu, menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Shamsuddin yang juga seorang peguam itu mendakwa kakitangan berkenaan memberi pasangan ‘mat saleh’ terbabit untuk menaiki Sky Bridge KLCC terlebih dahulu berbanding dirinya yang sudah membeli tiket dan menempah slot lebih awal.

“Lebih kurang pukul 3 tengah hari datang pegawai ke kerusi bulah sebelah bertanya kepada ‘couple’ mat saleh tiket naik pukul berapa. Mat saleh itu jawab pukul 4.15 PM. Pegawai itu kenyit mata dan signal suruh couple mat saleh itu ke depan supaya boleh naik awal.

“Mula lah tertanya-tanya apa hal mat saleh boleh naik dulu. Saya ini yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu,” luahnya di kapsyen.

Lebih mengecewakannya apabila kakitangan terbabit menyatakan dia mempunya kuasa untuk mendahulukan sesiapa sahaja yang diinginkannya.

“Wah, mat saleh itu baru sampai, badan segar bugar bertatu, pasangan perempuannya pun tak nampak cacat pun. Saya ini dengan rakyat yang pegang MyKid tak pula dilayan begitu,” luahnya lagi.

Recent Posts

  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

2 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

2 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

3 hours ago
  • Trending

Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan

Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…

4 hours ago
  • Trending

“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam

Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…

4 hours ago