“Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa

Setiap yang sudah berkeluarga atau meningkat dewasa pasti akan memilih untuk duduk di rumah sendiri dalam membina kehidupan baharu.

Buat mereka yang belum memiliki rumah, antara pilihan lain adalah dengan menyewa.

Namun sudah menjadi tanggungjawab untuk penyewa menjaga harta benda dengan baik apabila menyewa di rumah orang.

Ini bagi memudahkan pemilik rumah untuk berurusan dengan penyewa seterusnya.

Tuan rumah terpaksa tanggung kos baiki rumah sebanyak RM6,000 kerana penyewa ‘mental’

Namun berbeza dengan nasib sepasang suami isteri ini apabila mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM6,000 disebabkan tindakan penyewa yang ‘mental’ apabila meninggalkan rumah dalam keadaan kotor dan rosak.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran menerusi akaun Facebook milik anak kepada pasangan terbabit iaitu Abdul Latif Ab Razak.

Dalam hantaran itu, anak kepada pasangan itu turut meluahkan rasa kasihan terhadap kedua orang tuanya yang terpaksa berdepan dengan penyewa berkenaan.

“Rumah di Taman Cempaka, Ipoh ni sikit punya strategik kawasan dia nak apa kemudahan semua berhampiran je.. Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga dapat penyewa begini,” katanya.

Malah menurut Abdul Latif perkara itu bukan sekali dua berlaku dan menyatakan sepatutnya rumah terbabit menjadi pendapatan pasif namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Minta orang ramai ambil pengajaran dari apa yang berlaku

“Kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air.. tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah RM6,000 (menyamai nilai sewaan selama setahun!),” jelasnya yang turut meminta orang ramai untuk mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Ujarnya, meraih pendapatan dari rumah sewa tidak mudah dan menyarankan orang ramai yang merupakan pemilik rumah untuk melantik ejen hartanah atau wakil ‘Estate Negotiator’.

“Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian dekat orang lain.. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan.

“Biarlah lebih bertegas.. jangan naif sangat.. nak masuk sewa rumah kena ikut peraturan.

“Deposit (wang pendahuluan), persetujual dan maklumat lengkap penyewa semua perlu ada.. sebab bila jadi macam ni siapa yang nak kesian dekat kita,” luahnya lagi.

Tunjuk beberapa gambar memaparkan keadaan rumah

Abdul Latif dalam hantaran itu turut menunjukkan beberapa gambar memaparkan keadaan rumah yang penuh dengan sampah sarap di bahagian dapur dan bilik.

Bukan hanya itu, kelihatan dinding juga habis diconteng dan beberapa peralatan musnah.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang berasa jijik melihat rumah yang ditinggalkan oleh penyewa berkenaan.

Malah ada yang tidak dapat membayangkan bagaimana penyewa itu boleh tinggal dalam keadaan rumah yang begitu kotor.

“Terima kasih Latif tolong bersihkan, betul-betul PENGHUNI DARI NERAKA!.. Kesian abah balik tengok rumah tu terus sakit-sakit”

“Betul-betul mental ke penyewa ni, dah tak macam rumah orang”

“Teruknya dia jaga rumah tu. Kesian betul orang macam ni”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

1 hour ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

1 hour ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

2 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

2 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

3 hours ago