Ikat Beg Putus Guna Tali Rafia, 10 Sekeluarga Hidup Dalam Keadaan Daif [Video]

Tidak semua orang di dunia ini mempunyai nasib yang baik, malah ada yang terpaksa hidup dalam keadaan yang susah.

Meskipun melalui kehidupan yang sukar namun mereka tidak menjadikan perkara itu sebagai satu alasan dalam meneruskan kehidupan. Sebaliknya terus berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan mereka.

10 sekeluarga hidup dalam keadaan daif

Perkara ini samalah seperti kedaifan yang dilalui oleh 10 sekeluarga di Kota Kuala Muda, Kedah ini yang mana kisah mereka dikongsikan oleh akaun TV PKU di TikTok.

Malah salah seorang daripada ahli keluarga ini turut menunjukkan keadaan peti ais yang usang dan pintunya sudah terkopak untuk menyimpan makanan mereka.

Apa yang lebih menyedihkan si anak turut menggunakan tali rafia untuk menyambung semula beg sekolah yang telah putus kerana sentiasa digunakan.

“Beginilah keadaan peti ais untuk menyimpan makanan mereka 10 sekeluarga.

“Hanya tali rafia digantikan agar beg sekolah ini boleh terus digunakan,” tulisnya.

Si perakam turut menunjukkan keadaan rumah keluarga itu yang menjadi tempat mereka berteduh.

Ketua keluarga hidap masalah tulang belakang bengkok

Kata TV PKU, ketua keluarga yang dikenali sebagai Encik Mustafa menghidap masalah tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lepas.

Malah doktor menasihatinya untuk menjalani pembedahan namun dia tidak mempunyai wang yang cukup dek kerana kos rawatan yang tinggi.

“Kini isterinya Pn Haslina terpaksa mengalas tanggungjawab suami dengan menjaga tujuh orang anak yang masih bersekolah serta ibunya yang mempunyai masalah ingatan.

“Pn Haslina bekerja sebagai guru KAFA, pendapatannya tidak cukup menampung mereka sekeluarga,” tulisnya lagi.

@tvpku

En Mustafa keluarga asnaf NGO PKU Maybank 5520 5982 5987 Pertubuhan Khidmat Ummah

♬ original sound – tvpku – tvpku

Berdoa agar Allat SWT permudahkan urusan dan limpahkan rezekit

TV PKU dalam masa sama turut berdoa agar Allah SWT melimpahkan rezeki kepada keluarga ini serta memudahkan segala urusan mereka.

Selain itu, mereka turut menyediakan nombor akaun bank bagi mereka yang ingin membantu keluarga asnaf ini menerusi akaun Pertubuhan Khidmat Ummah di 5520 5982 5987 (Maybank).

Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan perkongsian video tersebut dan tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan.

Dalam pada itu, TV PKU turut memaklumkan pihaknya telah menyumbang beberapa barangan kepada keluarga ini seperti peti ais dan barangan keperluan lain.

“Ramai nak bantu abang, pakat-pakatlah tolong”

“Semoga Allah SWT kurniakan rezeki, kesihatan, perlindungan serta rahmatnya buat keluarga ini”

“Ya Allah kau permudahkan urusan keluarga puan ini. Ya Allah.. ringankanlah bebenan mereka ya Allah.

Recent Posts

  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

49 mins ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

2 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

3 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

3 hours ago
  • Trending

Angkat Takbir Sebut ‘Alalikabung’ Bukan ‘Allahu Akbar’ Apa Hukumnya? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin

Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.

4 hours ago