“Mereka Larang, Kenapa?” – Lufya Omar Dedah Tak Boleh Pakai Baju Ada Tayang Bendera Palestin Di Mekah

Konflik di antara Palestin dan Israel pada ketika ini semakin membimbangkan apabila rejim Zionis berterusan membedil Semenanjung Gaza tanpa belas kasihan hingga mengorbankan lebih 10,000 nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Susulan tindakan jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Israel itu, kebanyakan negara di seluruh dunia sudah mula ‘membuka mata’ dan melakukan solidariti terhadap Palestin sebagai tanda sokongan.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Akan Terus Pengaruh Negara Lain Sokong Perjuangan Palestin

Pun begitu, masih ada beberapa negara yang memilih untuk tidak membenarkan rakyatnya melakukan solidariti mahupun memakai pakaian yang mempunyai logo berhubung konflik terbabit, antaranya Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Dipenjara, Singapura Larang Pakai Atau Tayang Logo Berkaitan Perang Israel-Palestin

Lufya Omar dakwa Arab Saudi larang pakai baju bendera Palestin

Terbaharu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar turut mendakwa kerajaan Arab Saudi melarang penggunaan pakaian yang tertera bendera Palestin di Mekah.

Lofya turut mempersoalkan mengenai perkara itu memandangkan dia pada ketika ini sedang berada di Tanah Suci, Mekah.

“Mereka larang pakai pakaian Palestin? Kenapa? Kita patut sayang, sokong dan lindungi saudara-saudara di sana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lufya turut meminta agar orang ramai terus mendoakan Palestin di setiap sujud akhir ketika solat agar negara terbabit memperoleh kemenangan dalam menentang penjajah Israel.

Di bahagian komen pula, Lufya turut dilihat membalas komen netizen dengan mengatakan dia tidak ditahan memandangkan jubah yang digunakannya hanya mempunyai jalur yang mempunyai warna bendera Palestin.

Pengguna media sosial berkenaan sebelum itu memberitahu bahawa dia sebelum ini telah diberi nasihat oleh seorang ustaz agar tidak memakai apa sahaja pakaian baik baju, tudung jubah mahupun mafla Palestin memandangkan ada yang sudah ditahan.

Menteri agama ada ulas isu itu baru-baru ini

Semakan kami mendapati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar ada mengulas tentang isu pakaian berkenaan.

Menurut beliau, rakyat Malaysia perlu mematuhi apa-apa peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Ianya selepas isu tersebut dibangkitkan di media sosial oleh seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

“Di Malaysia pula, kerajaan berpandangan untuk tidak ada sebarang masalah untuk perkara berkenaan (solidariti palestin) dan itu merupakan pendekatan dan dasar yang diambil oleh kerajaan Malaysia.

“Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana pula pendirian kerajaan Arab Saudi terhadap perkara berkenaan,” kata Mohd Na’im dipetik Berita Harian.

Rakyat Malaysia di Arab Saudi beri pesanan pada orang ramai

Terdahulu, ada rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi menyebarkan pesanan kepada jemaah umrah daripada negara ini supaya tidak sesekali memakai baju atau mafla ‘Free Palestine’ semasa berada di sana kerana menjadi suatu kesalahan di sisi undang-undang.

Wanita yang dikenali sebagai Masnira Ramli itu, berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Facebook miliknya berikutan ada jemaah yang ditahan atas kesalahan terbabit.

“Bukan negara ini tak sokong. Tetapi memang itulah undang-undangnya. Bukan tentang isu ini sahaja, apa-apa isu dalam negara atau sedunia pun tak boleh. Sebab itu kalian tidak pernah nampak apa-apa jenis perarakan pun di sini,” kata Masnira.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

2 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

3 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

3 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

5 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

6 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

7 hours ago