Peniaga Nasi Ayam Penyet Tidak Berkira Soal Untung, Siap Tawar ‘Free Flow’ Nasi & Sup Kepada Pelanggan

Ekonomi negara yang semakin merosot mengakibatkan barangan di pasaran semakin mahal sehingga menyebabkan peniaga perlu meningkatkan harga jualan makanan.

Disebabkan itu, ramai masyarakat di luar sana lebih memilih untuk makan masakan di rumah berbanding restoran yang sedikit ‘pricey’.

Namun, kenaikan kos barangan tersebut tidak menjadi satu halangan buat seorang peniaga ini untuk mengekalkan harga menu yang ‘customer friendly’ kepada orang ramai.


Peniaga Nasi Ayam Penyet Buka Bisnes Konsep Free Flow

Menerusi satu perkongsian di laman X (Twitter @AjannRosman), seorang pengusaha Ayam Penyet Master yang dikenali sebagai Fauzan telah mempromosikan bisnes miliknya yang berlokasi di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut peniaga nasi ayam penyet itu, dia setakat ini telah mendapat sambutan baik sejak mula beroperasi tiga bulan lalu.

Menerusi ciapannya, Fauzan telah menjelaskan konsep perniagaan ‘layan diri’ yang dijalankan di mana pelanggan boleh menambah nasi atau sup tanpa terhad kecuali lauk.

Dalam erti kata lebih mudah adalah ‘free flow’.

Sumber: X (@AjannRosman)

Target Market Perniagaan Adalah Pelajar Universiti

Tambah Fazuan, target customernya adalah kalangan para pelajar dari universiti terdekat yang sering dilihat menjamu selera dengan kuantiti banyak sehingga berasa kekenyangan.

“Target market aku student. Aku faham kalau student ni makan memang nak kenyang je,” katanya.

Walaupun konsep free flow itu akan menyebabkan keuntungan diperoleh pengusaha itu tidak tinggi, namun Fazuan tidak menjadikan perkara tersebut sebagai satu masalah asalkan dia menerima jumlah pelanggan yang ramai.

“Aku jual set paling murah RM9.90 termasuk air. Kawan aku tanya berniaga macam ni bila nak kaya?” ujar peniaga itu.

Sumber: X (@AjannRosman)

Tauke Nasi Ayam Penyet Tidak Kejar Untung Semata-mata

Fauzan yang baru sahaja berumur 25 tahun menjelaskan bahawa dia tidak mengejar keuntungan semata-mata namun sedang mencari lebih banyak ilmu tentang dunia bisnes.

“Takde apa yang perlu dikejar sangat. Untung sikit pun takpe, janji puas hati tengok customer aku makan,” kata peniaga itu menerusi hantaran sama.

Fazuan turut mengajak orang ramai khususnya pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Universiti Selangor (Unisel) untuk menjamu selera di kedai makannya.

“Korang yang nak makan murah boleh la datang kedai aku. Insya-Allah korang puas hati, itu janji aku,” ujarnya.

Buat anda yang berminat untuk singgah ke restoran tersebut, berikut adalah beberapa info yang anda perlu tahu.

  • Waktu operasi: 11am – 11pm.
  • Hari Operasi: Dibuka setiap hari.
  • Lokasi: No 26, Jalan Zirkon F7/F Seksyen 7 Shah Alam, Malaysia.
  • Instagram: (@ayampenyetmaster)
Sumber: X (@AjannRosman)

Netizen Tunjuk Reaksi Positif Terhadap Bisnes Nasi Ayam Penyet Yang Murah

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata netizen memberikan reaksi positif di mana ramai dilihat berminat untuk mencuba nasi ayam penyet yang dijual oleh peniaga tersebut.

“Ada menu tak? Nak share dekat kawan-kawan, mana tahu malam ini boleh singgah,” kata seorang netizen.

Terdapat juga beberapa warganet yang pernah menjamu selera di kedai tersebut memberikan reviu terhadap makanan dipesan sebelum ini.

“Dah try. Murah, portion banyak dan rasa padu” ujar seorang wanita.

Orang ramai dalam masa sama turut memuji dan menitipkan doa kepada pengusaha- pengusaha seperti Fauzan yang menyajikan menu murah kepada para pelanggan.

“Murahnya makanan. Semoga murah rezeki selalu!” kata seorang pengguna laman X.

Sumber: X (Twitter @AjannRosman)

Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Mencurah, Peniaga Popia Syukur Pelanggan Bertambah Lepas Shaheizy Sam Singgah Ke Kedai

Baca Artikel Berkaitan: “Teringin Nak Tengok Ramai Pelanggan” – Permintaan Peniaga Minta Edit Gambar Kedai Makan Buat Ramai Sayu

Recent Posts

  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

1 min ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

7 mins ago
  • News
  • Trending

15 Orang Ditahan Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, Polis Sahkan Tiada Anak VIP

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham empat individu dari 15 yang ditahan akan dituduh di…

1 hour ago
  • Trending

Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan…

2 hours ago
  • News

“Kubur Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Perlu Dijauhkan Dari Yang Lain” – Jawatankuasa Fatwa Johor

Keputusan menjarakkan kubur suspek adalah bagi memberi peringatan kepada masyarakat supaya tidak terlibat dengan aktiviti…

2 hours ago
  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

6 hours ago