“Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]

Jika pada waktu dahulu, perniagaan pakaian wanita lazimnya didominasi oleh kaum Hawa. Jarang sekali dilihat orang lelaki melibatkan diri dalam perniagaan seperti itu.

Namun, sejak belakangan ini, seolah-olah sudah menjadi satu trend di mana lelaki juga turut berniaga barangan wanita seperti skirt dan tudung.

Ia dapat dibuktikan dengan melihat siaran langsung di TikTok di mana ada lelaki yang berpakaian dan bertudung seperti wanita semata-mata mahu menarik pelanggan.

Mungkin bagi segelintir individu, ia hanyalah perkara biasa namun keadaan ini boleh menjadi parah sekiranya masyarakat terus menerima keadaan ini.

Lelaki Bertudung Bagi Tujuan Berniaga Adalah Haram

Menjelas lanjut mengenai trend ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus atau UAI menjelaskan adalah haram hukumnya jika lelaki bertudung seperti wanita walaupun tujuan untuk berniaga.

Tambah beliau, Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian untuk perempuan.

“Tak boleh, pakaikan pada patung. Tak perlu pakai, awak lelaki buat apa pakai tudung?” kata beliau.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh UAI ini sama dengan apa yang dinyatakan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan bahawa Allah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan perempuan berpakaian seperti lelaki.

Hanya Dibolehkan Ketika Darurat

Namun, beliau menjelaskan bahawa ia dibolehkan sekiranya berada dalam keadaan darurat.

“Orang laki-laki kena rompak, samun, telanjang bogel, habis kena ambil, seluar dalam pun pencuri ambil juga.

“Jalan-jalan jumpa baju kelawar orang perempuan, hukum pakainya tidak haram walaupun baju itu baju perempuan.

“Kerana apa? Menutup aurat,” jelasnya lagi.

*Video boleh ditonton bermula dari minit ke-42 (42:08). Buat mereka yang menggunakan peranti atau telefon, tekan butang speaker pada video jika tiada bunyi.

Video Jadi Perhatian Warganet

Sedutan klip video ceramah tersebut turuttular di TikTok hingga menjadi perhatian warganet. Rata-rata bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh UAI.

Malah, ada juga yang menzahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir kaum Adam yang sanggup berpakaian seperti wanita.

Apa yang lebih parah apabila perlakuan itu diterima oleh sesetengah pihak.

Berikut antara komen netizen:

Yang Jual Skirt Pun Ada, Siap Pakai

Terima Kasih Ustaz Untuk Pencerahan

Makin Ramai Sangat, Kadang Tak Faham Kenapa

Ada Setengah Ada Pengikut, Kalau Kita Tegur Karang Dikatanya Dengki

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke…

1 hour ago
  • Info
  • Trending

Harus Hukumnya Orang Islam Hantar Jenazah Non-Muslim Ke Tanah Perkuburan – UAI

Namun menurut Ustaz Azhar Idrus, perbuatan yang termasuk dalam upacara atau kepercayaan agama mereka adalah…

1 hour ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

Helikopter Bawa Presiden Iran Terhempas, Nasib Ebrahim Raisi Masih Belum Diketahui

Nahas helikopter itu berlaku ketika Raisi dan Amir Abdollahian dalam perjalanan pulang dari upacara pembukaan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Lelaki Mabuk Ditahan Selepas Serang & Cuba Rampas Submesingan Anggota Polis Di Balai

Pergelutan yang berlaku semasa suspek ingin ditahan menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian muka…

3 hours ago
  • Trending

“Tak Panas Ke”- Pasangan Kantoi Buat Aksi Jelik Di Atas Jalan

Tindakan tak senonoh pasangan itu yang dipercayai melakukan hubungan seks di atas jalan mengundang kecaman…

4 hours ago
  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

2 days ago