Usahawan Wanita Asal Kemboja Gelar Melayu Pemalas Buat Netizen Berang, Ada Yang Mahu Boikot [Video]

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan wanita telah mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan terhadap bangsa Melayu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @KulupFans, seorang wanita yang juga usahawan pakaian mendakwa bahawa dia berasal daripada Kemboja dan telah dibesarkan di negara ini.

Wanita asal Kemboja tuduh orang Melayu malas

Namun, apa yang menaikkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan lagak sombong telah mengatakan bangsa Melayu sebagai ‘orang pemalas’.

“Yelah memang saya orang kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia? Apa beza? Saya memang orang Kemboja.

“Saya dilahirkan di Kemboja tapi saya dibesarkan di Malaysia, jadi ada apa-apa? Kalau orang Kemboja memang pandai berniaga kan, betul tak? Dan orang Kemboja memang rajin jika dibandingkan dengan orang Melayu malas,” katanya.

Rata-rata netizen kecam kenyataan wanita terbabit

Susulan kenyataannya itu, rata-rata rakyat Malaysia telah memberi kecaman yang hebat selain menyifatkannya sebagai sombong dan lupa diri.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga bersepakat untuk memboikot perniagaan wanita berkenaan yang difahamkan berpangkalan di Skudai, Johor.

Wanita Kemboja tampil mohon maaf, akui kekhilafan diri

Cakna mengenai perkara tersebut, usahawan terbabit yang dikenali sebagai Mariyah Yaakob telah memuat naik satu video permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikTok @mariyahholdings.

Menurutnya, dia dengan rendah hati meminta maaf atas keikhlafan dan keterlanjurannya dalam memberi kenyataan tersebut.

“Dengan rendah hati, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap dan kalau awak rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak,” ujarnya.

@mariyahholdings

dengan rendah hati, madam ingin memohon ampun & maaf, kepada semua pihak yang terasa hati/tersinggung dengan konten madam sebelum ini. sejujurnya, madam tidak pernah terfikir & terniat untuk menghina sesiapa, tapi madam sedar & akui kekhilafan madam. pihak kami akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaik sebarang konten, dan akan lebih peka & sensitif terhadap sensitiviti masyarakat. dengan tulus ikhlas, Madam Mariyah 🤍

♬ Sad and lonely – MoppySound

Komuniti masyarakat Melayu Champa gesa tindakan tegas diambil

Dalam pada itu, Komuniti masyarakat Melayu Champa di Johor Bahru menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap wanita itu.

Menurut Kosmo, wakil Persatuan Melayu Champa Ulu Tiram, Mohamad Nasir Razali berkata, apa yang diperkatakan wanita itu tidak mewakili pandangan masyarakat Melayu Champa di Johor.

“Kami harap tindakan tegas dapat diambil. Hal ini kerana kenyataan seperti itu boleh menyebabkan berlaku ketegangan dalam masyarakat sehingga mengancam keselamatan komuniti kami,” kata Mohamad Nasir.

Difahamkan, satu laporan polis juga dibuat terhadap usahawan wanita berkenaan di Balai Polis Ulu Tiram pada semalam (19 November).

Sebagai rekod, terdapat ribuan rakyat Combodia yang merupakan bangsa Melayu Champa. Mereka dahulunya berasal dari Empayar Champa yang menguasai Vietnam di antara abad ketujuh hingga ke tahun 1822 mereka kemudiannya berpindah ke Kemboja untuk mendapatkan perlindungan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago