Wanita Kongsi Detik Cemas Diekori Lelaki Tak Dikenali, Dakwa Gambarnya Turut Dirakam

Setiap orang khususnya wanita pasti akan berasa takut sekiranya diekori oleh individu yang tidak dikenali tidak kiralah di tempat awam, terbuka atau di kawasan terpencil.

Ini kerana kita tidak mengetahui apakah yang akan dilakukan oleh individu tersebut dan bimbang akan keselamatan diri.

Wanita dakwa diekori individu tak dikenali

Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita apabila dia telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada di kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @qstiena_ di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan telah menunggu wanita tersebut sehingga dia keluar dari kereta.

Malah individu itu turut mendakwa dia mengenali wanita berkenaan selain menyatakan memiliki nombor telefonnya yang bemula dengan 014.

Namun apabila menyebut nombor hadapannya, Qstiena kemudian menyatakan dia tidak mempunyai nombor tersebut.

Turut minta nombor dan mahu ambil gambar bersama

Sebaik mendengar perkara itu lelaki tesebut kemudian meminta izin untuk Qstiena memberikan nombor telefon yang betul namun wanita berkenaan menjelaskan dia tidak akan memberikannya kepada individu yang tak dikenali secara sembarangan.

Keadaan tersebut secara tidak langsung telah membuatkan Qstiena takut dan bersyukur kerana ditemani rakan yang lain.

Malah lelaki itu turut meminta untuk mengikutinya hingga ke tempat yang ingin mereka tuju.

“Dia juga minta untuk ambil gambar bersama dan kami kata tidak disebabkan sedang bergegas ke suatu tempat.

“Dia ambil gambar kita orang senyap-senyap,” dakwa Qstiena.

Minta wanita lain berhati-hati

Sebaik Qstiena memasuki pintu masuk pusat membeli belah tersebut lelaki itu masih lagi mengekorinya sehingga mereka terpaksa memaklumkan perkara itu kepada pengawal yang berada berdekatan.

Qstiena di ruangan kapsyen turut meminta orang ramai khususnya wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati.

Mengintai di ruangan komen, ramai yang takut dengan keadaan tersebut dan ada yang memberi nasihat agar menyimpan alat pemedih mata sebagai keselamatan.

Bukan hanya itu, ada juga yang menasihatkan untuk tidak bertindak kasar dan cuba bertenang untuk mengawal keadaan.

Pernah alami dulu, dari parkir ikut masuk pusat beli belah. Nak nombor telefon”

“Kenapa pengawal blur je ish takut lah, dah lah selalu memandu sorang”

“Teringat dulu orang ikut, memang akak mengamuk dekat situ juga tanya asal dia ikut, padahal sorang masa tu, baran telah selamatkan aku”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

6 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

6 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

8 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

9 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

10 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

10 hours ago