fbpx
Now Reading
Aplikasi MAE & Laman Web M2U Alami Gangguan, Segelintir Pelanggan Terjejas

Aplikasi MAE & Laman Web M2U Alami Gangguan, Segelintir Pelanggan Terjejas

Maybank kemudiannya dalam ciapan balas mengesahkan mereka sedang mengalami gangguan sementara di aplikasi MAE dan juga laman web Maybank2u.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Maybank dilaporkan sedang mengalami gangguan di aplikasi MAE dan platform web Maybank2u (M2U) mereka.

Menerusi Twitter, sebilangan pengguna meluahkan rasa kesal mereka ekoran dari perkhidmatan yang tergendala.

Difahamkan ada yang sudah mula mengalami gangguan seawal jam 1:30 tengah hari tadi (27 November).

Maybank kemudiannya dalam ciapan balas mengesahkan mereka sedang mengalami gangguan sementara di aplikasi MAE dan juga laman web Maybank2u.

Bukan itu sahaja mereka servis pemindahan wang segera Interbank dan juga DuitNow juga berdepan isu sama.

Gangguan perkhidmatan yang berlaku turut menyebabkan akaun Facebook rasmi Maybank dihujani rungutan dan soalan dari pengguna yang terjejas. Namun ada juga segelintir yang mendakwa aplikasi MAE mereka sudah pulih seperti biasa.

Bagi team kami di BuzzKini yang menggunakan perkhidmatan Maybank, ada sebahagian yang masih berdepan kesukaran untuk melog di aplikasi MAE serta M2U dan ada juga juga yang sudah berjaya berbuat demikian.

Menerusi carian kami, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan Maybank berhubung isu tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.