“Perempuan Bukan Lemah” – Sekumpulan Wanita Bantu Tolak Kereta Rosak, Dapat Pujian Warganet [Video]
Pada mulanya, kelihatan kereta jenis Toyota Wish itu berhenti kerana lampu merah namun, pintu hadapan di bahagian pemandu terbuka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika ditanya apa-apa soalan berkenaan kereta kepada kaum Hawa, kebanyakan daripada mereka pasti sukar memberikan jawapan yang tepat.
Malah, ketika kenderaan milik mereka mengalami kerosakan, pastinya golongan lelaki menjadi tempat utama bagi mereka untuk mendapatkan pertolongan antaranya suami, bapa atau adik-beradik lelaki.
Ini kerana perkara yang melibatkan motor dan kereta lazimnya sering diuruskan oleh kaum lelaki.
Sekumpulan Wanita Bantu Tolak Kereta Rosak
Namun, berbeza pula dengan satu video TikTok yang dikongsikan oleh Samsul Rahmat di akaun @Lelakidancers.
Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan tiga orang perempuan membantu seorang lelaki ketika keretanya rosak di persimpangan lampu isyarat.
Pada mulanya, kelihatan kereta jenis Toyota Wish yang dinaiki lelaki itu berhenti kerana lampu merah namun, pintu hadapan di bahagian pemandu terbuka.
Terdapat dua orang wanita dilihat sedang berbincang dengan pemandu lelaki berkenaan sebelum datang lagi seorang wanita bagi membantu mereka.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan kumpulan wanita itu yang menolak kereta berkenaan di saat lampu isyarat bertukar menjadi hijau.
Video tersebut turut tular dan sohor di Instagram.
“Bagusnya akak-akak ini semua. Respect! Terbukti perempuan bukan kaum yang lemah. Semoga Allah melindungi serta merahmati atas amalan kebaikan kalian semua,” tulis di akaun Kongsi Viral.
Tindakan Raih Pujian Warganet
Insiden yang dipercayai berlaku di Taman Universiti Parit Raja, Johor itu nyata mendapat perhatian dan pujian daripada warganet.
Rata-rata kagum dengan kekuatan tiga wanita berkenaan yang menolak kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) itu.
Malah, ada yang turut memuji kehebatan kumpulan wanita itu yang disifatkan sebagai luar biasa kerana jarang melihat perkara sedemikian berlaku.
Berikut merupakan komen warganet:
Powerlah Kakak-Kakak Ni
Terbaiklah! Siapa Kata Kaum Wanita Lemah?
Hebat Kita Sebagai Wanita
First Time Dalam Hidup Tengok Keadaan Macam Ni, Tabik Spring!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dilihat Tak Berdaya Jalan Seorang Diri, Wanita Bantu Hantar Warga Emas Pergi Bank [Video]