Menjadi ketua keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah bagi insan bergelar bapa, ini kerana mereka bertanggungjawab dalam memimpin isteri dan juga anak-anak.
Tidak hanya itu, bapa juga perlu menggalas tanggungjawab dalam menyediakan segala keperluan seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan buat keluarga kecilnya itu.
Oleh itu, kebanyakan bapa tidak kisah melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan rezeki yang diperoleh itu datangnya daripada sumber yang halal.
Seperti baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang menunjukan seorang murid perempuan memakai pakaian seragam pemandu peribadi di sebuah sekolah semasa menyambut sambutan Hari Kanak-Kanak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok bapa kepada murid itu (@roy_scott76), difahamkan sambutan hari kanak-kanak yang disambut di sekolah rendah berkenaan bertemakan kerjaya.
Susulan itu, kanak-kanak perempuan terbabit memakai pakaian seragam berkenaan untuk menunjukkan pekerjaan yang dilakukan oleh bapanya.
Lebih menyentuh hati, murid berkenaan juga memberitahu seluruh rakan di dalam kelasnya bahawa dia berbangga dengan bapanya.
“Terima kasih Kakak kerana berbangga dengan Babah. Babah cuma menumpang rezeki Kakak. Babah masih ingat waktu Ummi mengandungkan Kakak lah, Babah dapat kerja ini.
“Terima kasih sayang, Babah sayang Kakak dan Adik dunia akhirat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tidak hanya itu, bapa kepada murid terbabit juga telah membuat kejutan kepada anaknya dengan hadir ke sekolah berpakaian seragam yang sama.
Budak perempuan itu lantas berlari memeluk bapanya selepas menyedari lelaki terbabit sedang berdiri di hadapan pintu kelas.
Turut kelihatan tangisan kanak-kanak itu saat memeluk erat bapanya.
Dalam pada itu, bapanya juga turut berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada dirinya untuk membuat kejutan kepada anaknya.
Mejengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh hati dan sebak melihat video bapa dan anak perempuannya itu.
Malah, mereka turut memuji murid terbabit kerana sentiasa berbangga dan menghargai bapanya.
Tidak kurang juga yang berkongsi pekerjaan bapa mereka selain menyatakan perasaan berbangga yang sama.
Hargailah setiap pengorbanan ibu dan ayah selagi kedua-dua insan ini masih bernyawa. Kelak, kita pasti merinduinya..
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…