Isu Kahwin Dua & Poligami, Firdaus Wong Tegur Netizen Jangan Terlalu Emosi [Video]

Baru-baru ini, tular mengenai isu seorang influencer yang membuat pengumuman telah berkahwin dua menerusi media sosialnya.

Pengumuman itu turut disahkan oleh isteri influencer berkenaan dalam keadaan yang tenang bahkan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Perkara itu secara tidak langsung telah mencetuskan perdebatan apabila majoriti netizen kurang bersetuju dengan pernikahan influencer berkenaan meskipun tahu ia bukan sesuatu yang dilarang di sisi agama.

Ada yang beri reaksi berlebihan terhadap isu kahwin lain

Malah terdapat juga segelintir darinya yang memberi reaksi berlebihan terhadap perkara itu sehingga turut menjadikan orang lain sebagai sasaran melepaskan rasa geram.

Sebagai contoh ramai lelaki di luar sana terpaksa mendengar atau melayan rajuk sang isteri gara-gara berita perkahwinan itu walhal ia bukanlah salah mereka.

Firdaus Wong tegur orang ramai jangan terlalu emosi isu kahwin lain

Susulan daripada itu pendakwah bebas, Firdaus Wong kemudian tampil menegur orang ramai agar tidak terlalu emosi mengenai hal tersebut.

“Sabda Rasulullah SAW, antara tanda baiknya Islam seseorang itu adalah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat untuk dirinya, dunia apatah lagi untuk agamanya dan akhiratnya,” ujarnya.

Islam ajar untuk berfikir secara rasional dan tak emosi

Menurut Firdaus apabila tular berita mengenai influencer berkenaan berkahwin lagi, orang ramai perlu tahu bahawa Islam mengajar kita untuk berfikir secara rasional dan tidak terbawa-bawa dengan emosi.

Ini kerana mereka yang emosi senang untuk dimanipulasi.

“Apabila influencer itu bernikah buat kali kedua, ketiga, keempat dan sebaliknya pertama adakah dia melakukan sesuatu yang haram? Tidak, sesuatu yang halal. Kedua adakah dia menggunakan duit anda? Tidak.

“Ketiga isterinya, saya dapat lihat di ruangan komen mendoakan agar suami bahagia dan meminta para netizen untuk mendoakannya.

“Tetapi sekali lagi saya lihat ramai yang begitu emosi apabila membahaskan perkara ini, tidak kiralah lelaki atau perempuan. Kenapa anda ingin masuk campur dan memberikan komentar-komentar yang sebagainya,” kata Firdaus lagi.

Ujarnya meskipun semua orang berhak untuk menyoal rindakan influencer tersebut bernikah pada masa yang tidak sesuai, namun itu adalah urusan influencer berkenaan bersama pasangan.

Nasihat untuk hanya mengikut perintah Allah SWT dan doakan kebahagian rumah tangga

Sebagai seorang Muslim adalah lebih baik kita beriman dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW sabdakan serta mendoakan kebahagian rumah tangga mereka.

Jelasnya lagi, jangan komen mengikut emosi. Dia juga turut menegur influencer lain untuk tidak mengambil kesempatan dalam perkara yang berlaku dengan mengajuk mereka.

Malah perkara itu turut dilarang Rasulullah SAW untuk menyebut, menyindir dosa (namun pernikahan lebih dari satu bukan satu dosa) yang dilakukan oleh saudaranya maka dia juga akan melakukan perkara yang sama.

Dia juga mengatakan tidak memahami mengapa ramai yang terlalu alergik dengan isu poligami sehingga sanggup memarahi suami sendiri walhal yang berkahwin itu orang lain.

Nak semua berfikiran rasional dan jangan lakukan dosa

Tambahnya lagi, itu bukanlah cara beragama yang betul selain memaklumkan dia tidak menyebelahi mereka yang bernikah lain tetapi mahu semua berfikir secara rasional.

Isu individu berkahwin lain akan sentiasa berlaku, namun tindakan mengejek mereka yang melakukan perbuatan itu hanya akan mendatangkan dosa kepada orang ramai sedangkan individu itu tidak melakukan dosa.

“Janganlah kadangkala kita ni kerana mengambil kesempatan mengkritik dan ‘menganjing’ orang atas peristiwa ini, tanpa kita sedari kita telah mengkritik syariat itu sendiri.

“Walaupun kita berkata, saya tidak begitu, saya tidak mengkritik syariat. Tetapi lihat kata-kata anda, benda ini bukan sekali dua saya lihat dah banyak kali.

“Semoga kita semua bermuhasabah dan berfikir,” katanya.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

12 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

12 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

12 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago