
[Video] Kanak-kanak Tiru Gaya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Dalam ‘Fashion Show’ Raih Perhatian
Kanak-kanak perempuan tersebut dilihat memakai baju kemeja berwarna biru dan menggayakan tudung bawal yang dipakainya mirip seperti Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kanak-kanak perempuan dan animasi ‘princess’ memang tidak dapat dipisahkan kerana sesetengah daripada mereka membesar dengan kartun tersebut.
Pelbagai jenis watak ‘princess’ yang popular seperti Snow White, Cinderella, Belle, Rapunzel dan banyak lagi.
Meskipun kesemua karakter kartun ini berada dalam kisah yang berlainan, namun mereka di bawah satu produksi yang sama iaitu Disney.
Bapa Peragakan Anak Perempuan Ikut Gaya Raja Tunku Azizah Dalam Pertandingan Pertunjukan Fesyen
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@guafiq), lelaki ini yang merupakan ayah kepada seorang kanak-kanak perempuan berkongsi kisah ketika anaknya menyertai pertandingan petunjukan fesyen bertemakan puteri.
Namun oleh kerana si bapa pula memboikot karakter puteri di dalam animasi popular, maka terhasil satu idea unik iaitu dengan memperagakan si cilik mengikut gaya Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah versi kasual.
Di dalam video tersebut, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat memakai baju kemeja berwarna biru, kasut but berwarna kuning, beg tangan dan cermin mata berwarna bulat.
Gaya tudung pun ditiru seperti Raja Permaisuri Agong. Memang comel betul.
Video tersebut mendapat perhatian sehingga meraih 345,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@guafiq Bila bapak kau boikot princess dis**y #princess #permaisuriagong
♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel
Netizen Teruja Lihat Kecomelan Kanak-kanak Tiru Gaya Tunku Azizah Versi Tidak Formal
Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan keterujaaan selepas melihat aksi kanak-kanak berkenaan meniru gaya Tunku Azizah dalam pertandingan pertunjukan fesyen itu.
“Aku ingat dia pakai set baju kurung macam Raja Permaisuri Agong pakai masa acara rasmi, sekali kemeja dengan tudung macam tu. Memang Raja Permaisuri Agong habis,” komen seorang netizen dengan memberi emoji ketawa.
Selain memuji kecomelan si cilik itu, netizen turut memberi pujian kepada si bapa kerana pandai mengambil inpirasi yang lain daripada lain.
Pada masa yang sama, pengguna media sosial turut berharap agar video tersebut mendapat perhatian Tunku Azizah.
