Kes Mayat Wanita Disimen: Mangsa Mungkin Dibunuh Lebih Setahun Lalu – KP Selangor

Semalam (4 Disember), negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita yang disimen di dalam bilik air sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang.

Susulan kejadian itu, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua lagi suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua suspek yang diburu merupakan penyewa rumah tersebut sebelum ini dan mereka disyaki menyimen wanita berkenaan di kolah tandas.

Polis tak tolak kemungkinan, mayat yang ditemui telah mati sejak lebih setahun lalu

Menurutnya, pihak polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa mayat wanita yang ditemui itu telah dibunuh sejak lebih setahun lalu.

Kata Hussein, kedua-dua suspek yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh itu telah menyewa di rumah berkenaan sejak 2019 sehingga 2021.

“Setakat ini, mereka adalah individu disyaki menyimen kolah di bilik mandi rumah tersebut.

“Polis turut percaya wanita itu dibunuh lebih setahun lalu namun siasatan menyeluruh masih giat dijalankan,” katanya dipetik Kosmo.

Pihak polis rakam keterangan tiga individu termasuk tuan rumah

Menurutnya lagi, setakat ini pihak polis sudah merakam keterangan tiga individu termasuk pemilik rumah sewa terbabit.

“Identiti mangsa juga belum dikenalpasti dan menunggu proses bedah siasat oleh Hospital Shah Alam esok.

“Tiada tangkapan lain dilakukan setakat ini kecuali melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 53 tahun,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Hussien berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan.

Mayat ditemui selepas tuan rumah arah pekerja baiki tandas berkenaan

Terdahulu, media melaporkan pemilik rumah sewa berkenaan yang berusia 66 tahun hanya menyedari kejadian terbabit selepas dia mengupah pekerja untuk membaiki bahagian tandas sebelum disewakan kepada individu baharu.

Menurut sumber, ketika proses membaiki itulah mayat mangsa ditemui di dalam simen terbabit sebelum pemilik rumah tampil membuat laporan di balai polis.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Rumah Sewa Di Klang Temui Mayat Wanita Disimen Dalam Tandas, Seorang Lelaki Ditahan Polis

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

4 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

8 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

8 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

9 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

9 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

9 hours ago