“Mungkin Ada Anak Dia Atas Tu” – Kucing Tak Putus Asa Cuba Panjat Bumbung, Berkali-kali Terjatuh [Video]

Umum mengetahui, kucing merupakan antara haiwan yang paling sukar untuk mati sekiranya terjatuh daripada tempat yang tinggi.

Disebabkan itu, pasti ada segelintir daripada kita yang pernah mendengar mitos bahawa kucing mempunyai sembilan nyawa.

Tular video cubaan seekor kucing cuba panjat bumbung

Seperti baru-baru ini, tular video seekor kucing cuba melompat menaiki bumbung di sebuah kawasan dipercayai di Vietnam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @agela, kelihatan kucing terbabit seperti begitu terdesak untuk berada di atas atap zink itu.

Kucing berwarna putih dengan tompok coklat itu kelihatan berlari menaiki tangga yang ada berdekatan bumbung tersebut sebelum melakukan lompatan untuk menyeberang ke atas atap berkenaan.

Kucing gagal naik atas bumbung, namun tetap cuba berkali-kali

Bagaimanapun, kucing terbabit tidak berjaya menaiki bumbung dan jatuh semula ke bahagian lantai bawah kawasan tersebut.

Namun apa yang mengejutkan, kucing itu tidak berputus asa kerana dia dengan cepat terus berlari menaiki semula tangga untuk mencuba naik ke atas bumbung itu lagi.

Malangnya, beberapa kali cubaan yang dilakukan oleh kucing itu masih lagi tidak berjaya dan hanya terus jatuh ke bawah.

Bahkan, cubaan kali ketiga untuk memanjat bumbung tersebut membuatkan kucing tersebut jatuh di atas sebuah ampaian yang pastinya amat menyakitkan.

Video berdurasi 27 saat itu ternyata meraih perhatian ramai apabila ia ditonton lebih 3 juta orang dan meraih lebih 200 ribu tanda suka.

Netizen dapat bayangkan rasa sakit ketika kucing itu jatuh

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak dapat membayangkan sakit yang dirasai oleh kucing terbabit setiap kali terjatuh ke bawah.

Malah, ada segelintir netizen yang berpendapat kucing terbabit berkemungkinan begitu berusaha ingin berada di atas bumbung kerana terdapat anaknya di sana.

Faktor kucing mudah terselamat dari kecelakaan seperti terjatuh

Sekadar info, kucing sememangnya hanya memiliki satu nyawa sahaja sama seperti makhluk bernyawa yang lain.

Namun kucing sering dilihat tidak mudah mati saat ditimba kecelakaan seperti terjatuh kerana struktur anatomy kucing, daya refleks yang pantas dan ketangkasan dalam membuat keputusan membantu mereka daripada mengalami kecederaan.

Berikut merupakan komen yang diberikan oleh netizen:

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

44 mins ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

50 mins ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

58 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

2 hours ago