Isu Jadi ‘Penunggang Agama’ Dalam Politik, Ini Ulasan Dr. Zulkifli [Video]

Kebelakangan ini, segelintir individu ternama atau dikenali ramai sering menggunakan nama agama Islam demi meraih sokongan.

Perkara sedemikian yang disifatkan sebagai menunggang agama ini amatlah membimbangkan kerana ia mampu memberi kesan buruk jika berterusan.

Pemimpin politik diingatkan tidak guna agama Islam demi kepentingan diri

Susulan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan agar orang ramai terutamanya pemimpin politik untuk tidak menggunakan agama Islam demi kepentingan peribadi.

Menerusi podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik di YouTube, Zulkifli berkata perkara terbabit perlu dihentikan bagi mengelak seseorang individu atau parti politik itu dilihat seperti ‘penunggang agama’.

Orang Islam boleh terima parti atau pemimpin yang melakukan perkara betul

Menurutnya, selagi sesebuah parti politik atau pemimpin itu melakukan perkara yang betul, maka sebagai orang Islam boleh menerimanya.

Beliau juga menasihatkan agar pemimpin-pemimpin parti politik untuk mengetepikan penggunaan sentimen agama dengan cara menampilkan politik ilmu yang lebih matang.

Guna agama untuk menegakkan Islam dibenarkan

Bagaimanapun, Zulkifli berkata jika seseorang itu menggunakan agama dengan niat untuk menegakkan Islam, maka ia dibenarkan.

“Sentimen cuba kendurkan tapi kita datang (tampilkan) dari segi politik ilmu, politik matang dan politik berhujah.

“(Kalau) dia betul kita terima. Kita tengok mana yang betul. Kita kena terima tiada masalah. Cuma dari segi wadah, mereka masuk dan selesa, itu tak boleh buat apa kerana ini demokrasi.

“Kalau gunakan agama untuk agama seperti para sahabat, tabiin dan pejuang Islam yang benar-benar ikhlas zaman dulu, bagi saya tiada masalah,” katanya.

Masih banyak parti dan pemimpin politik yang tampil prestasi baik tanpa guna agama

Menurutnya lagi, Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu menyatakan masih terdapat banyak lagi parti politik dan pemimpin yang menampilkan prestasi baik tanpa menggunakan nama agama.

“Sejujurnya banyak parti dan pemerintah yang baik-baik di luar, walaupun bukan nama agama. Sepatutnya kita ucap terima kasih.

“Itu betul tetapi bukan semestinya yang menggunakan agama itu mesti betul 100 peratus. Itu juga mesti kita terima. Kita kena tengok bagaimana sepatutnya kita nilaikan cara Islam yang sebenar,” katanya lagi.

Untuk info, podcast Keluar Sekejap diterajui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Podcast ini membincangkan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah  difahami.

Video penuh di YouTube

Tajuk Politik dan Islam di minit ke 31.52

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

60 mins ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

2 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

2 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

4 hours ago