PERKESO Akui Data Digodam Namun Beri Keyakinan Perkhidmatan Berjalan Seperti Biasa

Terbaharu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan kenyataan bahawa sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang mereka telah diserang penggodam sejak Sabtu lalu (2 Disember).

Susulan itu, pelan pengurusan krisis telah diaktifkan pada hari kejadian bermula dengan menggerakkan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) bagi tujuan pemulihan sistem.

PERKESO menjelaskan bahawa modus operandi peringkat awal dalam operasi serangan siber ini adalah untuk melumpuhkan seluruh infra PERKESO yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

“Walau bagaimanapun, kejayaan unit ICT PERKESO mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej PERKESO,” kata PERKESO.


PERKESO Beri Jaminan Operasi Seperti Biasa

Dalam pada itu, PERKESO turut memberi jaminan usaha penggodam yang menjadi dalang kepada kejadian ini tidak akan merencatkan sebarang perkhidmatan kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

“Justeru, segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum
serta waris terbabit akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh diperuntukkan,” jelas PERKESO.


Ini Bukan Serangan Siber Kali Pertama Melibatkan PERKESO

Hasil penelitian awal PERKESO menerusi pembocoran data yang dipercayai dimuat naik di sebuah ‘dark web’ mendapati bahawa kesahihan data yang dicuri oleh penggodam itu meragukan, tidak lengkap dan telah luput.

Ini kerana satu kluster data yang dicuri itu dikatakan tidak pernah dicerap oleh PERKESO sejak agensi ini ditubuhkan pada Oktober 1971.

Sumber: MalayMail

Memetik sumber The Star, antara maklumat yang dicuri adalah nama, alamat, kaedah pembayaran dan nombor telefon.

Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang menyasarkan kepentingan negara, justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan kejadian sama berlaku kepada agensi lain.

“Serangan siber terhadap PERKESO ini bukan kali pertama, sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lalu dan berjaya dikawal,” kata PERKESO.

Memetik sumber The Star, antara maklumat yang didakwa telah dicuri adalah nama, alamat, kaedah pembayaran serta nombor telefon dan dikatakan lebih banyak data akan dibocorkan dalam tempoh 72 jam.

Malah, ada juga pihak yang mendakwa mereka mempunyai rakaman ketika mesyuarat pihak pengurusan PERKESO ketika sedang membincangkan isu bagi membendung insiden sistem digodam penjenayah siber.

Carian kami turut menemukan satu video yang didakwa adalah rakaman sewaktu mesyuarat tersebut.

Recent Posts

  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

20 mins ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

45 mins ago
  • Trending

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan 'blockout 2024' terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi…

2 hours ago
  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

3 hours ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

3 hours ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

5 hours ago