Uncle Ini Kongsi Hilang Peti Suara Kerana Merokok [Video]
Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit menggunakan alat bantuan khas untuk bercakap kerana kehilangan peti suara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia boleh bercakap dengan sempurna dan jelas adalah disebabkan oleh peti suara yang ada di dalam tekaknya.
Peti suara ini ialah struktur di dalam larink yang tertutup dan bergetar ketika bercakap dan menelan selain akan terbuka ketika bernafas.
Pun begitu, tahukah anda bahawa peti suara ini boleh dibuang sekiranya tidak lagi berfungsi atas sebab beberapa faktor.
Lelaki kongsi kisah kehilangan peti suara sejak 13 tahun lalu kerana kanser laryngeal
Seperti baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi kisah dirinya yang tidak lagi memiliki peti suara kerana menghidap kanser peti suara (laryngeal cancer).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nadianozula, lelaki terbabit memaklumkan peti suaranya sudah dibuang sejak 13 tahun yang lalu.
Lelaki terbabit terpaksa menggunakan alat bantuan khas yang dikenali sebagai electrolarynx untuk bercakap kerana kehilangan peti suara.
“Mula-mula saya buat radioterapi, lepas radioterapi, dia (sakit) kembali juga. Jadi doktor cadang untuk buang peti suara,” kata lelaki itu.
Kanser peti suara kerana sering merokok
Ketika pemilik video yang dikenali sebagai Nadia bertanya apakah punca kanser itu, lelaki terbabit menjawab kerana sering merokok.
Difahamkan, individu yang menghidu asap rokok (second smoker) juga berisiko untuk mendapat penyakit kanser peti suara ini.
Menurut lelaki itu, antara simptom kanser ini adalah seperti suara menjadi serak dan batuk secara berterusan.
Bercerita mengenai alat bantuan yang digunakan pula, lelaki terbabit memberitahu electrolarynx itu seperti ‘speaker’ mengeluarkan getaran yang akan menjadi gelombang semasa dia bercakap.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang insaf lepas tengok video
Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.
Malah, ada juga segelintir netizen yang berasa insaf untuk merokok selepas mengetahui punca kanser berkenaan menyerang.
Tidak kurang juga segelintir pengguna media sosial yang menyebut (tag) akaun orang lain sebagai peringatan agar menjauhi rokok.
Sebagai info, portal MyHealth menyebut kanser peti suara (larink) di Amerika Syarikat 11 ribu kes baharu dilaporkan setiap hari.
Antara gejala kanser suara adalah:
- Perubahan Suara menjadi serak atau kasar.
- Batuk berterusan atau batuk berdarah.
- Sakit tekak
- Susah bernafas atau nafas berbunyi
- Susah menelan
- Selalu tersedak
- Bengkak pada leher.
- Kurang selera makan
- Susut berat badan.