fbpx

“Kerap Masuk TV” – Ada Pemilik Di Apartment Idaman Tergamak Naikkan Harga Rumah Gara-Gara Kes Zayn Rayyan

Pemilik rumah yang ingin menjual sebuah unit kediamannya di Apartment Idaman mendakwa kawasan tersebut semakin popular akibat kes Zayn Rayyan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita kematian seorang kanak-kanak lelaki autisme bernama Zayn Rayyan telah menyayat hati ramai pihak terutamanya selepas mengetahui anak istimewa itu telah dibunuh dengan begitu kejam.

Mayat Zayn dipercayai telah dicampak ke dalam anak sungai berhampiran kawasan tempat tinggalnya di Apartment Idaman, Damansara Damai selepas dilaporkan hilang beberapa jam.

Hasil bedah siasat mendapati Zayn berkemungkinan telah dijerut kerana pihak polis mendapati kecederaan di bahagian leher.

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri

Susulan kejadian yang berlaku, hampir setiap hari pihak media berulang-alik ke lokasi apartment tersebut bagi mendapatkan perkembangan terkini dari keluarga mangsa dan penduduk sekitar.


Ejen Hartanah Dakwa Pemilik Rumah Sengaja Naikkan Harga Jualan Apartment Idaman

Namun siapa sangka, nama Apartment Idaman yang sedang hangat diperkatakan menjadi punca kepada seorang pemilik rumah menaikkan harga jualan rumahnya di sana.

Baru-baru ini, seorang ejen hartanah memuat naik hantaran di laman Facebook (Azie Nawawi) dengan menceritakan situasi yang berlaku melibatkan pemilik rumah di Apartment Idaman.

Wanita ini memberitahu bahawa dia menerima satu listing dari kenalannnya untuk menjual satu unit rumah di Apartment Idaman pada tingkat bawah dengan harga RM168,000.

Difahamkan, pemilik tersebut terdesak mahu menjual rumah tersebut.

Sumber: Facebook Azie Nawawi

Tidak lama selepas itu, seseorang berminat untuk melihat rumah jualan itu tetapi lain pula yang berlaku apabila pemilik kediaman berkata dia mahu menaikkan harga jualan kepada RM200,000.

Katanya faktor apartment tersebut yang semakin popular kerana hari-hari disiarkan di kaca televisyen berikutan kes Zayn Rayyan menyebabkan dia mahu menukar harga menjadi lebih mahal.

“Bila tanya nak set viewing, owner kata dan tukar harga kepada RM200,000. Dia kata sebab apartment ni dah femes sekarang. Hari-hari masuk TV. Semua orang kenal. Kena lah up harga. Allahu,” kata ejen hartanah itu.

Selepas mendengar alasan yang diberikan, wanita ini meluahkan rasa terkejut kerana ada pihak yang sanggup ‘menunggang’ isu yang berlaku untuk tujuan peribadi.

“Ini betul-betul ‘menangguk di air keruh’ ni bang. Tak kira isu apa, asal boleh. Sis pun speechless tak tahu nak advise macam mana,” ujar ejen hartanah itu.

Namun disebabkan harga jualan dinaikkan, pembeli terbabit juga membatalkan niatnya untuk melihat kediaman tersebut.

Sebelum mengakhiri hantaran itu, wanita berkenaan meminta agar orang ramai mendoakan Allahyarham Zayn Rayyan dan berharap agar keluarga arwah dipermudahkan segala urusan.

Netizen Kritik Tindakan Pemilik Rumah Naikkan Harga Jualan

Rata-rata netizen di ruangan komen hantaran itu memberikan reaksi kurang senang dengan tindakan tamak oleh pemilik rumah yang menaikkan harga jualan rumah berikutan kes yang berlaku di Apartment Idaman.

Sesetengah netizen berpendapat kes pembunuhan yang berlaku di lokasi tersebut sepatutnya menjadi punca kepada penurunan harga dan bukannya semakin mahal.

Malah, ada juga netizen memberitahu kawasan perumahan itu yang sempit dan sukar untuk mencari tempat parkir tidak sepatutnya dijual dengan harga yang mahal lebih-lebih lagi apabila berlaku kes jenayah.

“Tiba-tiba owner tamak. Biasa kalau kes macam ini harga akan turun, bukan naik,” kata seorang netizen.

Sumber: Facebook

Penduduk Sekitar Apartment Idaman Bimbang Dengan Keselamatan Anak-anak

Memetik sumber Astro Awani, seorang ibu kepada tiga orang anak bernama Puan Norlin Rabikat, 44, yang menginap di Apartment Idaman menjelaskan dia tidak membenarkan lagi anak-anaknya untuk keluar bermain selagi pembunuh Zayn Rayyan tidak ditangkap.

Kes yang berlaku ini juga membuatkan dirinya tidak tenang untuk tidur pada waktu malam.

“Saya rasa tak tenang sebab kes ini sudah memasuki hari keempat tetapi masih tak dapat kesan suspek. Jadi saya memang tak boleh tidur malam sebab risau,” kata penduduk Apartment Idaman, Norlin Rabikat.

Difahamkan kes seperti ini pertama kali berlaku dan Norlin berharap para ibu mengawasi pergerakan anak-anak agar kejadian sama tidak berulang.

Penduduk Apartment Idaman, Norlin Rabikat. (Sumber: Astro Awani)

Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Mohd Noraidi berkata kawasan taman permainan di perumahan tersebut juga lengang kerana kanak-kanak tidak lagi berani untuk bermain di sana.

“Memang saya tak bagi anak saya keluar rumah dan merayau macam dulu lagi. Kita risau. Bila kita pergi bekerja pun biar anak kat sini (rumah), pun rasa risau, tak macam dulu,” ujar penduduk Apartment Idaman, Mohd Noraidi.

Sehingga kini, suspek kes pembunuhan ini masih belum dikenal pasti oleh pihak polis.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Autisme Hilang: Zayn Rayyan Ditemui Maut Di Kawasan Anak Sungai

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Syak Seorang Individu Terlibat, Jasad Mungkin Dibuang Ketika Hujan Lebat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.