Guru Besar Didakwa Tunjal Kepala Pelajar, KPM Buat Siasatan
Menerusi video tular, awalnya kelihatan guru berkenaan sedang bercakap dengan pelajar terbabit ketika berada di atas pentas sebelum bertindak menunjal kepalanya di hadapan orang ramai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pendidik yang dipercayai guru besar telah bertindak memarahi dan memukul pelajar ketika berada di dalam sebuah majlis rasmi di sekolah.
Menerusi video yang sohor di Twitter, awalnya kelihatan guru lelaki berkenaan berdiri di sebelah pelajar tersebut ketika berada di atas pentas.
Guru tunjal kepala pelajar
Guru itu turut dilihat sedang memarahi pelajar tersebut sebelum bertindak menunjal kepalanya.
Tindakan guru berkenaan bagaimanapun dipercayai dirakam oleh salah seorang pendidik yang turut berkhidmat di sekolah tersebut.
“Biarlah nak kena saman ke nak kena apa ke. Nak upload (muat naik video) juga. Tak ada niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan kepada semua.
“Awak cikgu ke guru besar ke PK ke, tak kisahlah siapa awak. Cuma bila nak tegur anak murid tu biar beradab sikit.
“Aku tak pernah buat pelajar macam tu nak marah macam mana pun. Orang tak buat depan orang ramai macam tu. Biar cerdik sikit cikgu ya,” tulisnya dalam video
Video itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai pihak yang kurang senang dengan tindakan pendidik berkenaan.
SIAL PERANGAI CIKGU NI! DIA TAMPAR BUDAK DEPAN ORANG RAMAI!
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 13, 2023
TERIMA KASIH CIKGU YANG DAH VIRAL KAN VIDEO NI. HARAP CIKGU NI DI BUANG KERJA WALAUPUN MIN TAHU KERAJAAN MEMANG SUSAH NAK BUANG KAKITANGAN, WALAUPUN ORANG TU BERMASALAH! pic.twitter.com/mWZxVjeUz6
KPM siasat isu video guru besar tunjal kepala budak
Terbaharu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung video tersebut.
Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.
Siasatan dibuat agar isu dapat diselesaikan dengan segera
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM, tindakan itu dilakukan untuk memastikan ia dapat diselesaikan dengan segera.
“Kementerian komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan,” ujarnya, lapor Kosmo.
KPM dalam pada itu turut memberi peringatan kepada para guru untuk sentiasa menjaga etika dan menyanjung tinggi martabat dan juga kerjaya sebagai seorang pendidik.